Wednesday, May 25, 2011

MELAYU DIBUAI MIMPI INDAH ANWAR


KENAPA KITA TERLALU MENGAGONGKAN KAUM BUKAN ISLAM SEHINGGAKAN KE RUANGAN IBADAT?...

Kenapa kepimpinan melayu pembangkang mengagungkan Pimpinan Bukan Islam masuk ke ruang-ruang sembahyang surau kita yang tidak pernah berlaku sebelum ini, itu untuk apa. Adakah untuk mengagungkan Islam atau untuk membuka pintu hati orang-orang Melayu di saf-saf sholat supaya membuka mata mereka dan membuka hati mereka menerima pimpinan DAP dan pimpinan Bukan Islam PKR supaya menerima politik DAP?

Adakah untok DAP dan PKR membuka ruang kepada ulama-ulama kita untuk masuk ke ruang-ruang ibadat mereka supaya pemilih-pemilih mereka terbuka mata dan hati untuk menerima Islam?

Apakah kita bangga dengan usaha mendoakan supaya Lim Guan Eng dibuka hati untuk menerima hidayah dan seruan Islam atau mungkinkah itu hanya satu agenda politik supaya kita merasa tenang dan aman dengan pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan di negara ini amnya?

Cuba bayangkan senario sebaliknya, bila di Gereja-Gereja, di Kuil-Kuil dan di Tokong-Tokong mendoakan pula supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dibuka hati dan diberi hidayah supaya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian, Buddha atau Hindu...

Sdgkan kaum wanita islam yang berhadas besar pun dilarang oleh agama memasuki ruang ibadat tersebut. Kesannya, masjid kini bukan saja tempat utk ibadat org2 islam tetapi masjid juga menjadi sasaran pemilihan lokasi kaum bukan islam DAP dalam pakatan pembangkang bersama Pas dan PKR melepaskan dendam kepada org islam lain dan strategi selamat untok mencetuskan demotrasi...

KALAU DIBIARKAN PERKARA INI BERTERUSAN TERJADI, mungkin masa depan kita sebagai umat Islam di negara ini dan masa depan budaya kita sebagai orang Melayu akan terhapus. Nasib kita seterusnya mungkin ditentukan oleh Hj Hadi, Nik Aziz, Hassan Ali,Khalid Samad, dan Dr. Hatta setelah hanya berunding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tian Chua, Ronnie Liu, Chua Jui Ming, dan lain-lain pimpinan bukan Islam yang menguasai majoriti Kerajaan seterusnya. Anwar tidak ada, awal-awal lagi sudah dihumban oleh DAP ke Sg Buloh. Maknanya tarikh penentu kaledar dalam islam pun terpaksa diputuskan oleh DAP.

Sekarang pun sudah nampak jelas kepada kita, semata-mata kerana terlalu takut hilang pengaruh politik puak2 ini sanggup menyokong usaha kaum kafir menggunakan Kalimah Allah, memberi ruang penggunaan rumah Allah, membiarkan ayat2 suci Al-Quraan dan terjemahannya dipersendakan oleh orang kafir.

So fikir2kn lah...

No comments:

Post a Comment