Monday, May 16, 2011

UNTOK UMNO KUAT DAN MENANG PILIHAN RAYA MELAYU WAJIB BERUBAH


Ahli-ahli Umno juga ramai yang bercakap tentang kawasan2 atau Parlimen yang kononnya kubu kuat Umno tetapi dalam setiap kali menghadapi pilihan raya Umno selalu kalah di kerusi berkenaan tidak kira lawan Umno tersebut Pas, Pkr atau DAP. Kawasan majoriti melayu yang sebelum ini boleh dikira selamat untok melayu sekarang tidak lagi selamat setelah pakatan Pas bersama DAP dan PKR.

Ada kawasan dalam PRU12,Umno berdepan dengan DAP dan dikawasan majoriti melayu Umno juga kalah. Kawasan majoriti melayu juga tidak boleh menjamin kekuatan orang melayu sekarang. Kalau sebelum ini dikawasan2 pendalaman atau diluar2 bandar keadaan begitu tenang

Apa yang kita nampak banyak kesalahan diletakkan kepada pengundi golongan tua melayu yang berada dikawasan pendalaman yang agak ketinggalan dan cara berfikir yang agak unik, betulkah itu? Sebenarnya terlalu sukar untok kita ramal kalau dibandingkan dikawasan bandar walaupun golongan ini lebih cerdik dan berpelajaran tetapi mereka ini pula terlalu mengejar kemewahan dan lebih berkepentingan.

BACA LAGI...

1. Sebut sahaja melayu golongan besar parti yang mewakilinya adalah Umno dan Pas. Suara-suara menuntut ke arah perpaduan umat Melayu/Islam semakin lantang kedengaran. Banyak pihak yang secara sukarela ingin membantu ke arah penyatuan umat Melayu/Islam di Malaysia.


2. Malangnya tindakan itu dipandang enteng oleh beberapa pihak yang berkepentingan. Sedih apabila mengenangkan perkara seperti ini. Hanya kerana ingin mencapai kekuasaan, perpaduan sesama Melayu/Islam langsung diketepikan.


3. Tindakan mereka yang menolak secara menyeluruh, perpaduan Islam hanya kerana perbezaan yang kecil, yang diperbesarkan, sedang persamaan antara kedua pihak tidak pula dijadikan sandaran untuk bersatu.


4. Diriwayatkan daripada Anas r.a: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: � Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.�


5. Apakah mereka tidak mahu melihat saudara sesama Islam saling menyayangi? Mereka lebih suka berjauhan dengan saudara seagama, yang sama menghadap kiblat, yang sama bersolat menyebut Allah SWT, sedang mereka mahu serapat yang boleh dengan mereka yang menyekutukan Allah, yang sering berdusta, yang langsung tidak beriman kepada Al-Quran?


Majoriti orang muda bangsa melayu tidak sedar akan bahaya DAP. Mereka semuanya masih muda. Mereka ramai yang berpelajaran tinggi dan menjawat jawatan yang profesional (hasil perjuangan UMNO yang dituduh perkauman) . Mereka bukan bodoh tak boleh berfikir. HAnya mereka masih mentah kerana mereka muda dan tidak berpengalaman.
Kerana mereka mentah , mereka mudah terpukau oleh retorik oleh DAP. mereka tidak perasan yang berkilau itu hanyalah kaca, bukan permata. Mereka tak nampak DAP bahaya kerana yang memerintah Malaysia ini masih Umat Nabi Muhammad SAW yang adil.
Dan pada pemimpin Melayu, ada satu pepatah “Takut titik lalu tumpah” atau “A stitch in time saves nine”. Maknanya jangan anggap “melupakan” masalah akan buat masalah selesai. Sebaliknya akan jadi lebih parah .
Tiada seorang pun ahli politik dari melayu yang berani mengistiharkan dengan tegas dan fokus menghentam DAP itu perkauman . Padahal setiap hari DAP canangkan bahawa UMNO itu perkauman dan selalu menjadikan itu sebagai modal berpolitik mereka dimerata ceruk negara.
Ada tak ahli politik dari UMNO yang ingatkan pemimpin-pemimpin MCA bahawa jika mereka masih membiarkan DAP memfitnah BN sesuka hati, sukar untuk kaum cina sokong MCA bahkan melayu sendiri akan muak dengan sikap penakut MCA itu.
Ada tak pemimpin UMNO kini yang menggunakan kuasa media sepenuhnya untuk membelasah puak-puak pembangkang seperti yang dilakukan oleh Datuk Zainuddin Maidin sewaktu beliau menjadi Menteri Penerangan dulu..
Ada tak pemimpin-pemimpin besar UMNO yang sanggup mengambil inisiatif turun padang 3 kali seminggu seperti yang dilakukan oleh Anwar serta gerombolan pembangkang di merata kawasan untuk berceramah meraih sokongan?
Ada tak pemimpin-pemimpin melayu yang berani gunakan kuasa politik mereka untuk menghalang kafir-kafir cina menindas bangsa melayu seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP di P.Pinang? Berapa keratkah pemimpin melayu yang turun mengambil tahu kesusahan rakyat sewaktu mereka memerlukan bantuan kerana ditindas oleh puak Pakatan?
Sewaktu Utusan dihentam dengan begitu teruk sekali oleh puak pembangkang, dimanakah pemimpin-pemimpin UMNO yang mempertahankan akhbar melayu tersebut? Apakah mereka hanya memuji Utusan sewaktu akhbar tersebut memuji serta melambung mereka sewaktu pemilihan parti?
Semua ini menjadikan majoriti generasi muda sudah hilang rasa hormat terhadap pemimpin UMNO yang disifatkan terlalu lembut lembai. Apa saja yang dilakukan oleh pembangkang, enggan diambil tindakan kerana mahu menjaga hati satu kaum sahaja. Tapi, adakah kaum yang dijaga hati tersebut mahu menyokong UMNO/BN?
Yang paling menyakitkan hati sekarang ini, kaum cina dan india di layan seperti anak emas kerana kononnya mereka penentu undi. Dalam perangkaan 2010, jumlah Bumiputera ialah 18juta, Cina 6 juta dan India 1 juta. Jadi, benarkah mereka ini penentu undi? Berapa banyak kawasan yg majoritinya adalah pengundi Cina atau India?
Persoalan yang sering diutarakan oleh generasi muda melayu sekarang ini ialah, kenapa pemimpin-pemimpin melayu perlu takut kepada kaum minoriti tetapi tak mengendahkan bangsa melayu yang terbukti menjadi majoriti? Kenapa pemimpin melayu yang ada sekarang ini tak belajar dari cara berpolitik yang diamalkan oleh Tun Mahathir?
Jawapannya amat mudah sekali.. Orang Melayu tidak bersatu. Pemimpin Melayu tidak lagi kenal “demarcation line”, dimana kita boleh berbeza dan dimana kita perlu sepakat. Akibatnya, yang kecil menguasai yang besar. Keujudan Israel yg kecil dan terpencil itu menjadi gagah apabila bangsa Arab yang besar lagi kaya gagal bersatu.
Umat Melayu Islam perlu di kuatkan kembali jatidiri mereka dengan memberikan kesedaran bahawa mereka sebenarnya adalah seekor SINGA yang sememangnya kuat, bukan seekor KAMBING yang hanya sekadar mampu mengembek.
Patutkah bangsa melayu takut kehilangan apa yang mereka miliki hari ini? Memang seluruh bangsa melayu patut takut kehilangan hak mereka kerana hari ini sudah mulai timbul desakan-desakan yang tak masuk akal oleh kaum lain dalam negara.
Lihat saja bagaimana DAP menggunakan isu Malaysian Malaysia nya, dan tengok sendiri bagaimana permainan politik pembangkang yang membakar sentimen perkauman kononnya kerajaan sedia ada tak berlaku adil kepada semua kaum yang ada.
Semasa Malaysia baru hendak mencapai kemerdekaan, bangsa melayu diberi 5 perkara untuk dipertahankan. Pertamanya ialah berkenaan Raja-Raja Melayu, keduanya adalah Agama rasmi negara, ketiganya Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, keempat ialah jaminan pendidikan dan kelima iaitu hak keistimewaan bumiputera.
Cuba kita fikir, dari kelima-lima perkara tersebut, berapakah yang masih lagi mampu dipertahankan tanpa digugat serta dipertikaikan oleh kaum-kaum lain didalam negara ini?
Kalau berkenaan Raja Melayu, sudah ada pihak yang mula berani mempertikaikan kewibawaan institusi berkenaan. Malah bangsa melayu sendiri pun ada yang terlibat sama menderhaka pada Raja. Berkenaan agama Islam sebagai agama rasmi, sekarang ini sudah ada pihak yang mula mempertikaikan perkara tersebut.
Perkara ketiga iaitu bahasa melayu sebagai bahasa rasmi pun semakin terhakis penggunaannya. Malah selepas merdeka selama lebih 50 tahun, masih ada rakyat Malaysia yang tak fasih bercakap bahasa melayu. Keempat, jaminan pendidikan.. Bukankah sudah banyak tuntutan dari kaum lain mengenai perkara ini sehingga kuota kemasukan pelajar ke Pusat pengajian tinggi terpaksa diolah semula?
Dan perkara kelima, hak keistimewaan bumiputera.. Hanya inilah yang tinggal untuk diwariskan oleh bangsa melayu kepada generasi akan datang. Tapi hak ini pun semakin hari semakin dipertikaikan. Tambah pula dengan kehadiran melayu-melayu yang tak sedar diri dalam Pakatan pembangkang, makin hebatlah tekanan yang diberikan untuk menghapuskan hak keistimewaan bangsa melayu.
Tapi dipihak kaum lain, mereka hanya diberikan tiga perkara untuk dipertahankan. Pertamanya ialah hak kebebasan berniaga dalam negara. Keduanya hak kebebasan beragama dan mengamalkan kebudayaan mereka. Dan ketiga, hak mereka untuk menjadi warga negara dan menikmati semua kemudahan yang terdapat di dalam negara yang asalnya menjadi milik mutlak bangsa melayu.
Lihat hari ini.., ekonomi dikuasai oleh siapa kalau bukan dari kaum-kaum keturunan pendatang ini. Kaum-kaum ini juga bebas mengamalkan ritual agama dan kebudayaan masing-masing hinggakan sambutan perayaan mereka tak kurang hebatnya dari negara asal mereka sendiri.
Dan paling penting, mereka telah menguasai semua bandar-bandar besar dan memonopoli semua kemudahan-kemudahan baik dari segi sosial mahupun infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. Sedangkan bangsa melayu serta bumiputera masih lagi majoritinya tinggal di kawasan pendalaman.
Jelas kaum lain telah memaksimumkan semua perkara-perkara yang diperuntukkan kepada mereka ketika sebelum merdeka. Sebab itulah sekarang ini mereka mahukan sesuatu yang lebih luarbiasa iaitu kuasa pemerintahan dan juga kuasa politik.
Hanya dengan kuasa ini sahaja mereka mampu meruntuhkan tembok kekebalan hak keistimewaan bangsa melayu selaku bumiputera didalam negara. Sebab itulah mereka kini bermati-matian berusaha untuk mencapainya.
Apakah bangsa melayu tak sedar dengan semua fenomena ini? Separuh bangsa melayu telah sedar, manakala separuh lagi masih dibuai mimpi indah ke syurga dan mimpi indah untuk berkuasa hinggakan mereka lupa siapa musuh yangsebenarnya.
Jadi, apakah bangsa melayu patut mula berasa takut dan curiga dengan kaum lain dalam negara ini? Jawapannya terpulang kepada penilaian akal masing-masing. Tepuk dada, tanyalah diri samaada hak bangsa melayu masih diperlukan atau layak dilupuskan...

AKHIR...Kalau mahu mengekalkan kuasa melayu dan kekuatan islam yang masih ada di negara ini tiada pilihan lagi melayu wajib berubah sebelum terlambat!!!

No comments:

Post a Comment