Penyokong Kelantan memohon penjelasan rasional daripada Kerajaan Negeri dengan tindakan membenarkan "charge parking" di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Tanpa angin dan ribut, dapat dilihat pembinaan rancak pihak Metro Parking membuat pondok di kawasan stadium.
Tindakan ini nyata mengundang masalah tidak puas hati segelintir pihak terutamanya para penianga akan sebab-sebab pihak Metro Parking diberi hak mengenakan bayaran kepada kenderaan yang masuk ke kawasan stadium.
Bagi mereka, mengenakan bayaran parking di kawasan ini membuatkan ramai pihak tidak lagi memilih kaawasan ini untuk aktiviti santai serta menjamu selera di medan usahawan.
Secara tidak langsung ia menjejaskan rezeki mereka yang bergantung harap kepada kehadiran orang ramai.
Mereka juga mempersoalkan adakah terdapat jaminan dari pihak Kerajaan Negeri bayaran tidak dikenakan seandainya ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan di Stadium.
Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri seharusnya memberikan satu penjelasan terbuka kepada semua pihak mengapa baru kini mereka dengan kerjasama sebuah syarikat luar akan mengenakan bayaran di kawasan tersebut.
Kita tidak mahu rakyat dibebankan lagi dengan bayaran mengarut yang dilihat tidak memberi sebarang faedah untuk jangka masa panjang.
Selain itu, penjelasan juga perlu bagi menutup mulut pihak yang menuduh tidak benar kepada Kerajaan Negeri.
Ini penting untuk menjaga nama baik Kerajaan yang dipilih majoriti rakyat Kelantan. - sumber
No comments:
Post a Comment