Sunday, June 5, 2011

DARI NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA BERKEBAJIKAN

TIADA HUDUD - GOLONGAN ULAMA PULA DISISIHKAN...

Kalau mengikut fahaman politik kedua2 parti melayu yang ada di negara ini semuanya sesat. Pas kata Umno sesat, dan Umno kata Pas sesat. Bagaimana pula sebaliknya orang2 melayu yang tidak berpolitik Pas atau Umno? kalau mengikut teori diatas sudah tentulah golongan ini lebih dari sesat.

Nik Aziz selalu mengguna peluru panas bila berdepan dengan Umno dan Kerajaan. Pas suatu ketika dahulu menuduh Umno kafir kerana bersama kaum Cina dan India dalam BN. Suara wanita adalah aurat dan tidak dibenarkan golongan wanita menjadi wakil rakyat.Pas mengutuk sekeras2nya wakil rakyat wanita dalam Umno ketika itu. Di DUN Tenang pas sudah lupa sebab itu pas mencalonkan wanita menentang calon Umno yang diwakili oleh lelaki ketika itu.

Pas berjuang melaksana hukum hudud, sampai hari ini tidak dilaksanakan akhir sekali menyalahkan kerajaan. Di Muktamar tahunan pas pada hari ini presiden pas sendiri mahu kepada negara berkebajikan, sekaligus ulama2 tidak perlu lagi memegang jawatan dalam pas sebab itu ia disisih oleh para perwakilan. Pas selalu berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Siapa yang merubah pas? ada juga kedengaran pas menyalahkan Umno yang merubahnya hehe...setujukah kalau penulis beranggapan inilah sebenar dasar pas!

Apa yang kita lihat pemimpin kanan pas yang ada hari ini hanya mahu mencari untong peribadi cara mudah semata-mata. Kita tengok sahaja kenyataan Hj Hadi beliau sediri menyalahkan Umno dan kerajaan yang bertanggongjawab keatas vedio lucah Anwar. Dalam rakyat masih mencari2 kebenaran dengan senang Hj Hadi melemparkan kesalahan tersebut.

Adakah hati pemimpin2 pas sudah buta? kalau sudah buta siapa pula yang membutakan hati mereka? Pas terlalu asyik mengejar dunia gila pangkat dan kuasa samalah dengan DAP yang sudah sekian lama mengidamkan kuasa di negara ini, kesempatan ini diguna oleh Anwar. Sememangnya pemimpin pas sudah dibuta hati oleh Allah SAW dari kesalahan2nya yang sukar dimaafkan yang sudah sekian lama.

Disini disenaraikan 10 perkara yg menyebabkan hati kita menjadi buta :

1. kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan haqNya

2. kamu sangka bahawa kamu cinta kpd Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnah baginda.
3. kamu telah membaca Al - Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. kamu telah makan nikmat2 Allah SWT tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.

5. kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari drpdnya.

8. kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia utk menghadapinya.

9. kamu bangun dr tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

10.kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar drp mereka.


No comments:

Post a Comment