Friday, June 3, 2011

ERDOGAN KUASAI DEWAN MUSLIMAT PAS

Kehadiran Murysidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat merasmikan pembukaan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat rupanya petanda awal penguasaan 'Geng Erdogan' dalam sayap wanita PAS itu.

Kumpulan yang diketuai oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff bersama ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud diumumkan memang pemilihan sebagai sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat yang baru.

Ini bermakna, penyandang selama dua penggal berturut-turut Nuridah Mohd Salleh dan gandingannya Wan Hasrina Wan Hassan tewas.

Siti Zailah mendapat 358 undi daripada 650 perwakilan manakala Dr Siti Mariah Mahmud mendapat 437 undi.

Bagi Naib Presiden pula, jawatan itu dimenangi Senator Mumtaz Md Nawi apabila memperoleh 377 jumlah undi menewaskan tiga calon lain Mastura Mohamad, Dr Najihatussalehah Ahmad, dan bekas calon Dun Tenang Normala Sudirman

Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Wan Mutalib Embong selepas sesi penggulungan DMPP lewat petang tadi, namun mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jumlah undi yang diperoleh bagi calon yang tewas.

1 comment:

  1. Ehheheh... YB Senator Mumtaz xbertanding jawatan Naib Presiden tp mcmna boleh menang... minat nampak dgn pemilihan PAS...

    ReplyDelete