Monday, August 29, 2011

MERDEKARAYA - MAAF ZAHIR BATIN DARI PAKMIE UNTOK SEMUA

Esok sambutan hari raya 1432H untok kali keempat selepas PRU12. Kepada pembaca dan pelayar blog Pakmie.blogspot.com tidak kira dimana berada selamat hari raya dan maaf zahir batin untok semua muslimin muslimat. ibadat puasa bulan ramadhan akan kita tinggalkan bermakna esok seluruh umat islam didunia akan sama2 menyambut hari raya aidilfitri.

Jika kita mahu mencari jalan kebenaran sepatutnya kita sama2 mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Kalau psywar politik di alam maya banyak menyedarkan kita dari mimpi2 indah pehak pembangkang begitu juga dengan kedatangan bulan ramadhan. Indahnya pada mereka2 yang benar2 menghayati bulan tersebut. Allah sediakan untok manusia satu malam sepuloh malam terakhir bulan ramadhan yang tidak dapat difikir oleh akal manusia iaitu malam lailatulkadar. Fikiran kita manusia juga mudah terpengaruh dan mudah terpedaya sebab itulah kita terlalu sukar untok menerima sesuatu kebenaran apatah lagi jika kita mencemari kebenaran tersebut dengan meletakkan kepertingan lebih dari segalanya maka dari situlah akan terbit kesilapan dalam membuat keputusan, yang benar akan dikatakan palsu dan yang palsu akan dikatakan benar.

Diawal sambutan ramadhan pada kali ini bagi penulis pakmie.blogspot.com terpaksa menluangkan masa bagi menangkis pembohongan pembangkang. Dari apa yang berlaku membuatkan semakin terserlah kejahatan pembangkang dalam menipu rakyat untok mendapatkan undi PRU13 nanti. Pada kali ini simpati rakyat kepada pembangkang menghadapi PRU13 tidak lagi seperti PRU12. Rakyat sudah tahu tujuan apa BERSIH diadakan bagaimana Mat Sabu dan pemimpin pembangkang lain berperanan menyokong usaha2 jahat Ambiga keatas umat islam.

Hari raya kali ini walaupun merupakan satu kemenangan kepada umat Islam di seluruh dunia, tetapi di negara kita ada sedikit kecacatan dalam menyambut kemenagan tersebut. Dalam soal isu cubaan memurtadkan orang melayu di Selangor tidak ditangani dengan baik oleh pemimpin islam dalam pembangkang yang lebih kepada berpehak kepada orang2 kafir.

Dipenghujung ramadhan dalam kesibukan kita mencari gajaran lebih lailatulkadar kita terpaksa berkongsi kegembiraan tersebut dengan penyokong komunis yang turut sama berada dikalangan kita orang islam. Komunis yang tidak percaya kepada agama sebaliknya dijulang sebegitu rupa perjuangan mereka yang hobinya suka bunuh membunuh yang sekian ramai saudara mara tok nenek kita sudah dibunuh dengan kejam.

Rakaman video ceramahnya Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 ogos lalu yang jelas menunjukkan beliau menyokong komunis sekaligus menghina dan tidak mengiktiraf pejuang2 melayu seperti Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra.

No comments:

Post a Comment