Saturday, August 27, 2011

NEGARA BERKEBAJIKAN : DARI KELANTAN KE KEDAH - SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI WARGA Pakmie.blogspot.com


ISLAM MELAYU SEMAKIN LEMAH DAN MENEMPAH JALAN KEHANCURAN DAN KEHINAAN JIKA DIBIARKAN PAS BERSAMA DAP...
Nampaknya setakat hari ini setelah 3tahun negeri dibawah pembangkang tidak ada apa bezanya bahkan lebih teruk kesannya pada orang islam dan melayu berbanding dengan pentadbiran yang sebelumnya. Jauh tidak sepadan atau mahu menepati janji2 yang dibuat semasa pilihan raya. walau pun kemungkaran secara jelas berlaku dinegeri2 tersebut rakyat tidak boleh menegur, rakyat lebih kepada bersikap menediamkan diri, so sampai bila melayu akan terus bersikap begini? jika sikap 'melayu jadi bisu' maka kaum melayu di negara ini akan menuju kejalan kehancuran dan kelembah kehinaan . Jika ada rakyat yang meluah dan menegur maka melayu Umno pula jadi sasaran dan di persalahkan kononnya menjadi dalang dan sebagainya oleh pemimpin melayu dalam Pakatan. Perkara seperti ini begitu berlaku selepas PRU12 setelah Pas dan PKR bersama DAP dalam pakatan. Pemimpin melayu dalam pas dan PKR menjadikan melayu itu sendiri tersepit dicelah2 bangsa lain di negara ini.. Pemimpin pas dan PKR lebih kepada menjaga kedudukan dan pangkat mereka daripada mahu membela rakyat bahkan jika ada juga rakyat yang berani menegur bersabit dengan agama dan bangsa maka dengan cepat Nik Aziz dan Anwar cover takut rakan DAP terasa hati walaupun terpaksa mengadaikan islam dan menjual bangsanya sendiri. Fatwa2 baru, lontar kesalahan pada orang lain dan pembahagian syurga neraka itu adalah senjata utama bagi menutup kelemahan pakatan pembangkang setakat hari ini.

Nik Aziz memilih DAP mahu menegakan islam di negara ini. DAP lebih senang memahami ilmu islam dari melayu UMNO. Apa kesannya dengan Nik Aziz memberi status corak pemerintahan LGE yang menyamai corak pemerintahan khalipah Omar Ab Aziz di Pulau Pinang? Kini kaum melayu di Pulau Pinang semakin tertindas dan dihina...urusan perayaan hari kebesaran islam diganggu, urusan masjid diganggu, urusan membaca al-quraan sebelum subuh dan azan diletakkan syarat.

Sejauhmana campor tangan pemimpin pas lain dalam usaha menyokong tindakan Hassan Ali dan JAIS dalam menangani cubaan dan isu murtad juga 12 orang berbuka puasa di Gereja tempohari? bagaimana nasib 5 orang kanak2 islam tersebut yang dibawah jagaan Paderi dan adakah mereka akan menyambut perayaan Aidilfitri bersama Paderi di Gereja?. Dengan memberi jawaban menuduh Umno menjadi dalang itu tidak melambangkan jawaban sebagai seorang yang beragama islam sebenar. Tuduhan itu tidak sepatutnya dari mulut setiausaha agong pas sebaliknya tuduhan itu lebih sesuai didengar dan dikeluarkan dari mulut kafir DAP bukan dari mulut cikgu Par!!!


Baca sini...

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat nyanyian karaoke yang bernama Kafe PC Blue menawarkan promosi Merdeka Raya kepada pelanggannya dengan bilik karaoke percuma dan tiga jag minuman keras dengan harga RM99 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta hari kemerdekaan yang ke-54.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, gambar kafe tersebut diterimanya melalui emel, terletak di Sungai Petani, Kedah, dan mempersoalkan kewajarannya menawarkan sesuatu yang haram sempena hari kebesaran umat Islam.

“Agak menghairankan bagaimana Kerajaan Pas Kedah boleh membenarkan kafe itu buat promosi sebegitu.

“Promosi itu lebih kurang insiden The Star yang meletakkan gambar hidangan babi sebagai juadah berbuka puasa baru-baru ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau yang menghantar gambar tersebut kepada mynewshub.my berkata, sewajarnya sebuah Kerajaan yang membuat kerja cara Islam, tidak akan membiarkan hari kebesaran umat Islam seperti Hari Raya Aidilfitri dipromosikan dengan hidangan arak dan perkara yang melalaikan itu.

Sebelum ini, Mukhriz mempersoalkan pusat-pusat hiburan seperti karaoke, kelab malam, pub dan rumah urut tumbuh bagai cendawan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak negeri yang 80 peratus majoritinya umat Islam itu diteraju oleh Kerajaan Pas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, bagaimanapun memberi alasan bahawa pusat-pusat hiburan itu dibuka secara haram dan beliau maklum mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu.

Kedah hanya mempunyai dua premis pusat hiburan berlesen ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu dan bilangannya meningkat mendadak selepas diambil alih oleh Pas serta Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12, tahun 2008 yang lalu. mynewshub.my

No comments:

Post a Comment