Kedua2 mereka ini mempunyai banyak persamaan.Dari segi keceluparan dan klu klek sdh menjadi 'tema' mereka. Nik Aziz dan Mat Sabu dua tokoh utama pas yang bertanggongjawab meletak parti tersebut kini dalam keadaan dalema. Menjadikan isu Hudud dan komunis sebagai tajuk utama sebagai bualan terutama sekali didalam alam cyber di negara ini.
Isu Hudud yang sengaja diada-adakan oleh Nik Aziz yang lebih kpd bertujuan menarik undi melayu. Perjanjian Pakatan 18 Disember sudah cukup memperlihatkan perjanjian pas bersama pakatan yang ditandatangani oleh Presiden PAS, adalah 1 perkara yang tidak mungkin berlaku bagi parti ini melaksanakan Hukum Hudud kerana terikat dengan Perjanjian yang telahpun dipersetujui bersama.
Mesyuarat pakatan pembangkang pada 28 September lalu menjadi tamparan hebat buat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seakan cuba lari dari pakatan Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jingga yang dipersetujui.
“Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat“
Nik Aziz yang retorik secara tiba2 ekstrim menggunakan Hukum Hudud sebagai senjata mengembalikan sokongan Melayu walhal ada banyak penjelasan dan strategi yang dilihat lebih bijak untuk terus PAS lebih kukuh. Ianya dilihat sekadar seolah2 Nik Aziz begitu takut bagi menyelamatkan Kelantan jatuh ketangan Umno dalam PRU13 nanti.
Manakala isu komunis yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden pas tersebut tidak lebih kepada mahu menarik sokongan undi kepada pakatan mereka. Mat Sabu cuba menggelirukan rakyat membutakan sejarah tanah air dengan menjulang komunis sebagai pejuang kemerdekaan sekaligus merendah2kan perjuangan pasukan keselamatan dengan menganggap mereka2 ini hanya sekadar perkerja kepada British.
Kita sebagai orang melayu wajib berwaspada, angkara menjelang pilihan raya ternyata pas begitu licik dan sejarah telah membuktikannya. Faktur utama menyumbang kejatuhan Umno pada tahun 1990 kepada pas adalah berkaitan dengan cadangan pas akan mewujudkan negara islam dan hukum hudud. Sebelum bersama DAP pun pas gagal menjalankan hukum hudud apatah lagi sekarang pas bersama DAP yang sudah menjadi perkara asas bagi mereka buat selama2nya bertindak bagi mempastikan islam dan bangsa melayu tidak ada kuasa lagi di negara ini. Di peringkat paderi dan mubaligh Kristian pula setiasa mengitai peluang mencari ruang perpecahan sesama islam untuk mermuurtadkan orang melayu menjadikan negara ini kearah negara Kristian.
SLM BRO..NAMPAKNYE PAS BERGANTUNG NYAWE KAT DAP. TANPA DAP PAS TINGGAL NYAWE2 IKAN JEK. TU PSL WALLY SLIPAU SELAMBE DERK SAMBUT DGN BISMILLAH BILA AKUR DGN PERINTAH KING KARPAL HUHUHU
ReplyDelete