Di Bulan Ramadhan Ini Bertaubatlah Wahai Melayu Ahli DAP.
Democratic Action Party (DAP) nampaknya sudah terlalu
terdesak dalam usaha mereka untuk dilihat sebagai sebuah parti yang
tidak rasis. Namun begitu bak kata pepatah melayu lama “bangkai gajah
walau kalau ditutup dengan daun pisang akan tetap berbau busuk”.
Pelbagai cara dilakukan oleh DAP untuk meneruskan usaha mereka supaya
Malaysia akan menjadi sebuah negara rasis seperti Singapura.
Pada 14 Julai 2012 lalu telah diadakan satu program yang bertajuk “Pesta Lagu Jalanan” untuk menarik perhatian golongan remaja dan belia yang mempunyai bakat dalam seni muzik. Program ini dianjurkan oleh DAP Bukit Gasing dengan kerjasama DAP pusat. Program yang diadakan di Taman Rusa (Laman Majlis Perbandaran Petaling Jaya) ditujukan kepada anak-anak muda berbangsa Melayu.
Nampaknya ketua-ketua DAP telah sedar bahawa tanpa sokongan orang
Melayu, cita-cita jahat mereka untuk menumbangkan Islam dan kedaulatan
Raja-raja Melayu tidak akan kesampaian. Untuk menjayakan cita-cita
mereka, anak-anak Melayu perlu mereka “tarbiah”kan untuk menyertai dan
menyokong perjuangan haram DAP. Namun begitu, apa yang menyedihkan ialah
keterlibatan sejumlah kecil orang Melayu dalam DAP seolah-olah melukut
ditepi gantang. Tetapi kejayaan kerana dapat menarik Melayu yang sedikit
ini dicanangkan oleh semua pembesar DAP untuk membuktikan bahawa mereka
tidak rasis dan perjuangan mereka bersifat nasionalis.
Sungguhpun kehadiran pengunjung dari kalangan anak-anak Melayu pada
majlis tersebut amatlah sedikit, realitinya tetap menghiris hati kerana
ini membuktikan bahawa tetap wujudnya anak-anak Melayu yang lupa akan
asal usul mereka sendiri. Lebih menyedihkan lagi apabila penulis
mendapat tahu bahawa ketua penganjur untuk majlis DAP tersebut adalah
seorang wanita Melayu yang beragama Islam. Untuk pengetahuan pembaca
wanita muda berusia 25 tahun itu adalah seorang peguam yang pernah
menuntut di Universiti Teknologi Mara.
Apakah anak-anak Melayu yang menyertai DAP ini sudah hilang harga
diri sehingga sanggup menjual maruah agama, bangsa dan keturunan mereka,
hanya untuk menyertai sebuah parti yang ingin menghancurkan apa yang
saudara seagama dan sebangsa mereka telah bina selama ini. Tanpa
memikirkan implikasi yang akan berlaku kepada masyarakat, anak-anak
Melayu yang lupa diri ini terus menerus memberikan sokongan padu kepada
sebuah organisasi yang membenci agama dan bangsa ibu bapa mereka.
Penulis dengan ikhlas berharap, sekiranya tulisan ini dibaca oleh
orang-orang Melayu yang menyokong perjuangan jijik DAP agar dapatlah
bertaubat dengan segera. Di bulan Ramadhan yang mulia ini diharap para
penyokong DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dapat
ber”muhasabah” dan mengenal erti dan realiti tentang kebaikan dan
keburukan setiap perkara yang telah mereka lakukan. Tinggalkanlah
perjuangan yang sia-sia itu kerana ia tidak mendatangkan faedah malah
akan menghancurkan apa yang telah dibina selama ini.
DAP adalah satu puak yang membenci Islam dan Melayu sejak dari awal
perpecahannya daripada People’s Action Party (PAP) Singapura. DAP tidak
akan berhenti selagi Islam itu dipinggirkan dan kedaulatan Raja-raja
Melayu dihapuskan. Jangan kita lupa apa yang telah terjadi pada tarikh
berdara 13 May 1969 dimana slogan “SAPU MELAYU” dan “MATI MELAYU”
dilaungkan oleh Lim Kit Siang. Jangan kita lupa bagaimana orang Melayu
disembelih dan dibiarkan mati bergelimpangan dek kerana ketamakkan kuasa
DAP. Dan yang paling penting, jangan kita lupa bahawa selagi Melayu
masih berada di tampuk pemerintahan, Parti Rasis DAP tidak akan berehat
sehinggalah orang-orang Melayu hanya menjadi hamba abdi mereka.
This post was submitted by Che_Yan.
No comments:
Post a Comment