AMANAT BELUM DIJAWAB SEPENUHNYA.. KINI HADI MENGIZINKAN PULA KALIMAH ALLAH KPD BUKAN ISLAM...
Orang bukan islam di negara ini(Kristian) boleh menarik nafas lega dimana perjuangannya selama ini keatas penggunaan kalimah Allah yang ditentang keras oleh Umno pada hari ini telah dibenarkan oleh pas yang merupakan rakan sekutunya dalam PR. Memang layak Guan Eng tersenyum bangga, Anuar Ibrahim tersenyum melebar dan juga Hadi turut tumpang tersenyum sama.
Guan Eng tanpa berselindung mengulangi
tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible
versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini
sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris pada perutusan hari Krismas lepas.
isu kalimah Allah
s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama
sendiri. Anwar tersenyum kerana kedua2 kehendaknya dipenuhi oleh Hadi. Pertamanya Anwar berjaya memecahbelahkan pemimpin yang tidak menyokongnya dalam pas dan yang kedua dengan kebenaran tersebut juga boleh menarik undi kaum bukan islam di negara ini bagi memenangi p/raya akan datang untok membolehkannya menjadi PM.
Bukan setakat itu sahaja, sudah tentu paderi pun ikut serta tersenyum kerana dengan kebenaran tersebut memberi laluah mudah untok beliau
'membantu' anak-anak orang Islam yang bapa mereka mati shahid atau ditinggal ibubapa.
Generasi bapa2 dan ibu2 islam yang penyokong PKR dan Pas ditempatkan dalam syurga, yang di kelilingi oleh bidadari manakala nasib anak-anak selepas generasi ini pandai-pandailah bawa diri.
Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah. dan beratus ribu bible Melayu sedia Utk cetakan.
ReplyDelete(Sebarkan Utk renungan umat Islam)
sumber dari blog pembangkang sendiri : suarapakatanrakyat.com/2013/01/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-pas-bercanggah-pakatan-rakyat/
Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat
BERTAMBAH keliru!! Itulah reaksi pertama penulis sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.
Anehnya, semua ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama ada secara bertulis atau secara oral.
Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!
Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.
Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau penulis tersilap, sila maklumkan dimana.
Maka itu tidak salah kalau penulis melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.
Suka nak dimaklumkan disini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.
Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.
Justeru, penulis dengan ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?
Penulis juga difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.
Ribut, ribut.
Artikel Berkaitan:
Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
Kalimah Allah: Jadikan HKR Bukti Perpaduan & Persetujuan