Friday, February 1, 2013

APABILA PEMIMPIN "KLU KLEK" MENGUASAI PARTI...

 PAS KEARAH KEHANCURAN...
 
Pengguguran keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti, kata  Nik Aziz. Nasharuddin tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS. tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya  Lafaz Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti.
 
Berlainan pula dengan kenyataan Haji Hadi, dengan menyatakan setelah Nasha dipecat dari Majlis Syura Ulama, Nasha masih lagi ahli pas.
 
Menampakkan kpd kita kedua pemimpin ini selalu juga tdk sehaluan dan kontrovesi tambahan jika berkaitan dgn  isu2 agama islam dan bangsa melayu. Nik Aziz sejak akhir2 ini agak lebih berkuasa dari Hadi menyebabkan arahan2 dari gabungan pakatan mereka bersama DAP dan PKR tidak lgi melalui Hadi sebagai presiden sebaliknya Musyidul Am Pas Nik Aziz lebih berkuasa, Hadi sekadar dipergunakan sahaja. Sebagai bukti pengistiharan Hadi membenarkan Kalimah Allah diguna pakai oleh bukan islam selang tidak sampai seminggu selepas itu terpaksa tarik balik kerana  akur dgn keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama yang tdk membenar Kalimah Allah diguna oleh bukan islam. 
 
Kedua2 pemimpin ini tdk releven lagi untok islam dan bangsa melayu. Hadi walaupun tidak nyanyuk lagi seperti Nik Aziz beliau tiada pendirian. Nik Aziz mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am. Semenjak tahun 1990 hingga sekarang, beliau memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. 
 
Bermula dari kesilapan besar mengugur jawatan dan membuang Hasan Ali pada hari ini berlaku lagi pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS yang telah dilakukan oleh Nik Aziz.
 
Nik Aziz lebih berkiblatkan Nuar dan Karpal Singh  daripada Hadi. Nik Aziz seolah pemain bola lincah  menggelicik bola ketika depan pintu gol lawan tapi akhirnya terpijak bola dan menyumbat gol sendiri.Beliau suka menyalahkan org lain walaupun kesilapan diri sendiri itulah yang menyebabkan Hadi selalu bersikap mendiam diri dan mengikut rentak klu klek Nik Aziz.
 
Bukti semakin jelas dalam kesibukan umat islam di negara ini mengecam Karpal dalam soal isu Kalimah Allah sempat lagi Nik Aziz membuat sambutan harijadinya yg ke 82 dirumah Karpal. Padalhal Nik Aziz sendiri pernah bersuara sambutan Mauludilrasul tidak boleh dibuat kerana mengikut agama Keristian.

Sebelum Ustaz Haron Din dipecat, ada baiknya tempat Nik Aziz diambil alih oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, iaitu Ustaz Haron Din.dan Nik Aziz pula diminta dgn cara hormat supaya bersara dari politik dan jika masih ada lagi masa sisa2 hdp hendaklah beliau dan gengnya menjelajah seluruh negara memperbetul kembali akidah umat islam yang terpesong dek kerana politiknya selama ini dan seterusnya mendoakan byk2 kehadrat Illahi supaya mengamponkan dosanya-Wallahu'Allam...

No comments:

Post a Comment