Friday, December 19, 2008

UMNO & PEMIMPIN

Dari analisis poll yang dibuat

Dari keputusan poll yang dibuat diblog ini, keputusan ketiga-tiga poll adalah lebih memihak kepada kelemahan individu pemimpin itu sendiri yang menyebabkan orang tidak suka dan mahu menjauhkan diri dari Umno. Sekejap tadi penulis telah menghubungi seorang sahabat yang selalu melayari laman blog ini dan juga memberi pendapat dan pandangan serta ulasan untuk penulis paparkan untuk tatapan para bloggers. Beliau juga selalu mengikuti perkembangan Umno Bahagian Ketereh, bagi meningkatkkan lagi kekuatan Umno di bahagian.

Penulis juga meminta beliau membuat analisis dari keputusan poll yang telah dibuat dan ditutup hari ini. Beliau menghantar SMS seperti berikut.

1.) Setiap pemimpin dalam Umno tidak kira pemimpin atasan atau bawahan (cawangan) hendaklah mempunyai misi dan Visi yang jelas. Boleh menyakinkan golongan masyarakat kearah matlamat perjuangan yang sebenar parti Umno.

2.) Skandal atau isu-isu sama ada persepsi atau realiti tidak ada pada setiap pemimpin Umno.

3.) Pemimpin Umno hendaklah mempunyai imejnya baik, disenangi tidak bongkak atau sombong dan senang berurusan.

4.) Pemimpin Umno juga boleh didekati, aktif, matang, bijaksana dan mampu melahirkan idea secara ilmiah.

5.) Faktor retorik atau propaganda yang boleh merosakkan parti hendaklah dijauhi sama sekali, jangan sesekali membentuk puak atau klik yang boleh melemahkan parti, setiap pemimpin Umno seharusnya mempunyai perwatakan yang murni dan minda yang sihat, sesuatu keputusan hendaklah dibuat secara ikhlas dan jujur.

6.) Pemimpin Umno juga mempunyai latar belakang yang baik bagi menjamin hala tuju perjuangan seorang pemimpin mengikut landasan agama, semangat cintakan tanah air (patriotik), bangsa dan bercirikan pembangunan kenegaraan.

7.) Setiap pemimpin dalam Umno janganlah beranggapan untuk ahli-ahli Umno sahaja, mereka juga selaku pemimpin kepada seluruh masyarakat.

8.) Seharusnya bahagian menwujudkan Badan bebas di kalangan ahli-ahli Umno yang dikenal pasti kewibawaan, semangat juang yang tinggi. Ahli jawatankuasa Badan bebas ini di kalangan grass root dan tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat bahagian. Tujuan utama untuk memberi pandangan atau kritikan membina dan maklumat-maklumat kepada pimpinan tertinggi bahagian untuk diperbincangkan di peringkat bahagian dan seterusnya untuk diambil tindakan.

Hidup UMNO, Sejahtera negara.

No comments:

Post a Comment