Thursday, December 18, 2008

MINYAK & HARGA BARANG LAIN


Kerajaan mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa hari ini. Penurunan ini adalah kali ketujuh sejak Ogos lalu.

Dengan itu harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter; petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter dan diesel daripada RM.180 seliter kepada RM1.70 seliter.

Kesan penurunan ini tidaklah menjadi bualan hebat, sekadar bersyukur dapat mengurangkan kos keatas harga minyak. Harga-harga barangan lain tetap tinggi kesan daripada kenaikan mendadak harga minyak tempuhari. Harga barangan keperluan lain tidak turun dengan penurunan harga minyak yang diumunkan oleh kerajaan sebanyak tujuh kali itu, sebaliknya harga tetap sama.

Seharusnya kerajaan atau Menteri berkenaan memantau harga barangan lain dengan bersungguh-sungguh kesan dari kenaikan harga minyak tersebut. Jangan hanya tunggu untuk mengistiharkan penurunan harga minyak sahaja, nanti orang cakap menteri 13 sen sedangkan kenaikan harga barangan lain tidak terkawal.

No comments:

Post a Comment