Friday, December 5, 2008
AIDILADHA - MAAF ZAHIR BATIN PARA BLOGGERS SEKALIAN
Meriahkan Aidiladha
Pada 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah ada lah ruang untuk umat Islam untuk menyambut hari kebesaran Islam iaitu Aidiladha. Kalau Aidilfitri sambutannya disambut setelah kita sama-sama berperang dengan hawa nafsu selama sebulan melalui jalan ibadat puasa di bulan Ramadhan AlMubarak.
Manakala Aidiladha pula merupakan hari untuk memperingati kisah pergorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam melaksanakan hukum Allah SWT yang mana Allah memerintah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ismail menyuruh ayahndanya menurut perintah tersebut, Allah telah sekali lagi memerintah bahawa korban anak Nabi Ismail digantikan dengan kibas dan jelas bagi umat Islam kepatuhan kepada Allah merupakan nilai Islam yang tertinggi.
Dalam melaksankan kehidupan seharian, kita harus sedar bahawa kejadian manusia adalah sama dan harus saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jesteru kita juga harus mengembalikan kegembilangan Islam dengan cara yang betul dan diredai oleh Allah SWT, juga denagn kehadiran Aidiladha ini seluruh umat Islam kembali mengingati nilai-nilai pergorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Kisah korban ini tidak terhenti setakat itu saja tetapi nilai pengorbanan ini haruslah dihayati dalam semua aspek kehidupan kita seharian. Sesuai dengan Allah mengamanahkan kepada kita manusia sebagai Khalipah dimuka bumi ini.
Penulis tidak ketinggalan mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada para bloggers sekalian, maaf zahir batin. Penulis memaparkan pendangan dan pendapat termasuk mengkritik mana-mana pehak, samada Kerajaan Umno, Pas, PKR dan lain-lain dengan matang, bebas, iklas dan positif ( Non-Govermment Individuals ) semata-mata untuk kebaikan agama Islam, bangsa dan negara kita. Asalamualaikum dan hati-hati ketika memandu.
No comments:
Post a Comment