Thursday, December 4, 2008

MAT SABU DIBERI PENGHORMATAN CALON & KEAHLIAN PAS TIDAK TERHAD KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA



Mat Sabu sepatutnya tabik springg... kepada Nik Aziz

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan sekali lagi telah mendahului pemimpin-pemimpin Pas yang lain termasuk Presiden Pas sendiri Hj Hadi Awang, yang mana beliau telah memberi cadangan dan mengumumkan secara terbuka supaya mengekalkan Mohamad Sabu ( yang lebih dikenali dengan gelaran penyanyi berirama Hudud 80 an) calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Kekosongan kerusi tersebut ekoran dari kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Kenyataan itu boleh menimbulkan tanda tanya dikalangan penyokong pas sendiri, memandangkan buat masa ini ramai pemimpin tertinggi Pas berada diMekah menunaikan fardu haji termasuk Presiden Pas sendiri Hj Hadi Awang. Lebih-lebih lagi Kuasa Muryidul Am Pas hanya sebagai 'advisory post ' dalam kepimpinan tertinggi Pas pusat.

Allahyarham Razali menang dalam PRU12 lepas dengan majoriti tipis 628 undi menewaskan Mohammad Sabu (PAS) dan calun bebas. Setakat hari ini Suruhanjaya pilihan raya masih belum lagi bermusyuarat untuk menetapkan tarikh pilihanraya dan pernamaan calon bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Nik Aziz begitu tertarik dengan kepetahan bercakap dan keberanian yang ada pada Mat Sabu ( Naib Presiden Pas ) dan dianggap anugerah yang jarang terdapat pada orang lain,termasuklah beliau sendiri. Selain dari itu kerusi Parlimen tersebut sudah beliau tandingi sebelum ini. Ada juga sosek sosek mengatakan Pesuruhjaya Pas Trengganu Mustafa Ali lebih layak memandang ini pilihanraya kecil berbeza dengan pilihanraya umun. Mustafa Ali juga anak kelahiran jati Trengganu dan ramai sanak saudara. Walau pun cadangan Nik Aziz itu lebih bersifat peribadi tetapi boleh memberi impak yang negetive dan lebih menyumbang kearah " penyakit darah tinggi dan kencing manis " dalam parti itu sendiri.

Nik Aziz juga memberitahu dasar keterbukaan keahlian Pas kepada kaum bukan Islam membolehkan Parti itu melangkah setapak lagi ke depan kerana dasar itu merangkumi semua kaum di Malaysia selaras dengan Al-Qur'an dan Sunnah. Berbeza dengan Umno, keahliannya hanya terbuka kepada bangsa Melayu dan orang Islam sahaja.



No comments:

Post a Comment