Friday, December 12, 2008

BUDAYA PROPAGANDA & CANTAS MENCANTAS

Dari sudut hati seorang pemimpin

Kemampuan kita dapat diukur dengan kekuatan, keberanian, bijaksana dan kehebatan. Tiada kemampuan dengan kata lain lemah akan diperlakukan orang tanpa mengira simpati dan sifat-sifat peri kemanusiaan dalam kehidupan hari ini. Tak ubah seperti kumpulan itik yang ramai bilangannya tetapi hanya dapat dijaga oleh seekor anjing untuk dibawa kesana kemari.

Keupayaan terbatas, kemahuan kita tidak terbatas inilah yang menyebabkan hidup menjadi lebih susah. Kadang-kadang keupayaan dan kemahuan ada tetapi tidak juga tercapai sesuatu yang kita hajati. Seandainya ia terjadi tanpa dirusak atau dimusnahkan tiada menjadi apa-apa masalah, sebaliknya jika ia dihalang oleh sesuatu niat jahat sudah tentu ianya menjadi ingatan dan amat sukar untuk dilupai.

Dalam politik Umno perkara seperti ini sudah menjadi biasa. Orang yang benar-benar layak dan punyai pengaruh tidak semestinya diangkat sebagai ketua atau pemimpin. Sebaliknya orang yang tidak mampu dan berkeupayaan dijulang. Sudah menjadi trend dan satu perkara biasa dalam politik Umno. Kadang-kadang sikap kita sendiri yang selalu membuat silap mengangkat sesaorang yang tidak layak atau tidak berkemampuan yang menyebabkan perbagai masalah yang timbul.

Propaganda peranan penting dalam mengangkat atau menjatuh sesaorang pemimpin. Propaganda adalah sesuatu yang tidak akan berlaku ia nya sekadar menakut nakut dengan niat tertentu atau akan menyerang melalui belakang dan ianya tidak mustahil berlakui. Dalam politik hari ini sudah menjadi perkara biasa dengan sengaja mengada-gadakan cerita. Sedangkan apa yang tersirat sebenar adalah disebalik itu.

Sebagai contoh paling mudah menlabel sesaorang kononnya mengkianati parti, waima perkara sebenar adalah mahu menjatuhkan sesaorang itu, bagi menghalang daripada dia diangkat menjadi saorang pemimpin dikemudian hari. Jika diselidek dan dibuat nilaian orang itulah sebenar-benar pengkianat dan patuk diberi hukuman politik sekejam-kejamnya. Kita buat baik pun tak boleh, jika buat perbincangan pun sekadar menutup mata saja. Bongkah, sombong, menjadi duri dalam daging, menghasut dan mengadu dumba supaya orang lebih mempercayai dirinya. Ini lah yang sebenar-benar masalah dalaman Umno, ia terlepas bebas dan sebaliknya orang yang tidak bersalah terus disisih dan dihukum. Jika tidak diatasi perkara ini Umno tetap sukar untuk menambat hati rakyat dalam pilihanraya. Bukan Umno orang jauhi, Umno hanya satu slogan tetapi sebilangan pemimpin dalaman Umno itulah yang menyebabkan rakyat tak suka kepada Umno dan terus menjauhi.

Propaganda Amerika menyerang Iraq kononnya mempunyai senjata nuklear. Sehingga hari ini masih gagal membuktikannya. Namun matlamat sebenar propaganda Amerika itu untuk mendapat sokongan dan kesannya dapat kita lihat berjuta manusia di Iraq mati terbunuh.

Sifat orang macam ni pada mulanya ia memang nampak mulia dan suci, namun lama kelamaan ia semakin terserlah kejahatannya. Perkara ini sukar dibendung dan diketahui sebab itulah ia tetap bermaharajalela. Golongan atasan tidak mungkin akan berkongsi dengan golongan bawahan (grass root) untuk menyelesaikan perkara ini sebab ia juga ada berkepentingan untuk dirinya. Tidak mungkin golongan pemimpin dan atasan sanggup berjalan kaki, berbasikal atau bersahabat dan berdebu bersama-sama dengan golongan bawahan. Pemimpin-pemimpin yang selalu bersama orang-orang bawahan sahaja akan tahu serba sedikit hakikat sebenar apa yang berlaku.

Sebenarnya kita jangan mudah menganggak dan menilai sesaorang dengan mata kasar sahaja sebaliknya kita haruslah menilai sesaorang dengan mata hati barulah kita dapat menilai siapa pengkianat sebenarnya. Sebaliknya orang yang dikata jahat selama ini itulah yang iklas menabur budi, sanggup menghabiskan wang ringgit juga masa semata-mata untuk agama, bangsa dan tanah air. Tetapi sayang jasa yang ditabur sekian lama dipropagandakan lebih kepada kejahatan kerana politik berkepentingan. Mugkinkah saudara Sabri Shafie akan diangkat oleh masyarakat yang inginkan pembelaan suatu hari nanti? apa yang mampu hanya tunggu dan lihat...

No comments:

Post a Comment