Wednesday, December 17, 2008

UMNO TUNGGAK KEKUATAN BN

Terapkan nilai-nilai Umno

Di Malaysia, kita hidup dengan aman makmur tidak seperti negara-negara jiran kita yang mana pelbagai masalah yang timbul, misalnya kekacauan dan huruhara akibat daripada ketidakstabilan ekonomi dan kelemahan pemimpn. Pelembagaan dalam Umno ,sebuah parti tunggak kekuatan orang melayu juga menjadi tunjang kekuatan BN telah terbukti dari dulu hingga sekarang menjadikan negara kita dalam keadaan aman dan makmur seperti yang kita alami sekarang.

Semua bangsa di negara sepatutnya akur dan berterima kasih kepada parti Umno yang dapat mempertahankan kekuatan negara dengan menyediakan kemudahan prasarana untuk rakyat Malaysia.

Namun sejak akhir-akhir ini ada di kalangan pemimpin-pemimpin yang kian ketara melakukan ksilapan. Situasi ini lah memberi kesan yang negatif kepada ahli-ahli Umno dan tanggapan buruk sesetengah rakyat di Malaysia hari ini. Seolah-olah Umno sekarang lebih menjurus ke arah keburukan.

Situasi ini harus lah diberi perhatian dan sepatutnya pemimpin tertinggi parti perlu proaktif dan telus menangani musuh-musuh dalam selimut. Para perwakilan hendaklah lebih peka dalam membangkitkan isu-isu ini dalam setiap Mesyuaat Agong Perwakilan Umno dijalankan, dengan harapan kerenah-kerenah tersebut dapat dikurangkan atau dihapuskan dalam parti. Seperti yang kita tahu , gejala rasuah dalam politik semakin berleluasan di akhir-akhir ini menyebabkan rakyat menjadi fed-up dan menjauhkan diri dari parti Umno.

Untuk menghalang atau mengurangkan gejala ini pemimpin tertinggi haruslah lebih telus dan adil tidak kira dari golongan mana yang membuat kesilapan jika benar-benar mahu membuat pembersihan, seperti kata presiden Umno tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

Tanggungjawab yang jelas dan nyata haruslah dilaksanakan di peringkat kerajaan atau syarikat dengan tanggungjawab pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli umno. Ramai di kalangan penjawat-penjawat awan maupun swasta menjadi keliru kesan daripada pemimpin-pemimpin kerajaan yang mempunyai sifat yang buruk, seterusnya mengambil jalan mudah dengan membenci kerajaan atau menjauhkan diri dari parti Umno.


No comments:

Post a Comment