Sejak dari kematian mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, kita telah mendengar gagasan Fraksi UMNO di Kuala Terengganu bahawa mereka akan menyokong siapa sahaja calon selain Syed Azman.
Dan terbukti dalam mesyuarat pertama AJK PAS Pusat di Kuala Terengganu pada 21 Disember 2008, 4 nama telah diberikan oleh Perhubungan PAS Terengganu. Yang mewakili Perhubungan PAS Terengganu pada masa itu adalah Ustaz Harun Taib sebagai mewakili Lujnah Politik Negeri.
Yang menghairankan 4 nama tersebut, Dr Khazani, Mustafa Ali, Wan Muthalib Embong dan Ariffin Deraman, tidak ada langsung nama Dr Syed Azman disenaraikan. Walaupun Harun Taib menyedari bahawa PAS Kawasan Kuala Terengganu bersama keempat-empat MTD/DUN sebulat suara mencalonkan Dr Syed Azman sebagai calon.
Akibatnya telah berlaku perbahasan yang hangat dimana keputusan kajian Badan Bebas telah dibentangkan dan terbukti Dr Syed Azman adalah calon yang paling anggun dan mampu untuk memenangi kerusi Kuala Terengganu.
Harun Taib pula, apabila ditanya mengapa nama Syed Azman tidak dicalonkan, telah menggunakan alasan-alasan dangkal dan tidak berasas di mana beliau memburukkan nama Dr Syed Azman dalam mesyuarat tersebut.
Kononnya Syed Azman tidak menjaga DUN yang beliau wakili dan orang kampung mengeluh tidak pernah melihat Syed Azman di kawasan. Harun Taib juga menggunakan alasan kononnya isteri Wan Muthalib Embong lebih dikenali dan lebih aktif dalam DUN tersebut berbanding Syed Azman.
Ini taktik biasa Harun Taib apabila beliau tidak suka kepada seseorang beliau akan menggunakan alasan-alasan tidak berasas sebegini. Yang saya hendak persoalkan adalah siapakah yang lebih mengetahui DUN Batu Burok, Harun Taib atau MTD DUN Batu Burok? Sedangkan MTD DUN Batu Burok telah mencalonkan Dr Syed Azman sebagai calon. Kalau benar isteri Wan Muthalib lebih popular, sepatutnya Isteri Wan Muthalib lah yang dicalonkan oleh MTD/DUN Batu Burok.
Nampak sangat dalam mesyuarat tersebut, Harun Taib seperti orang bodoh di dalam usaha beliau menghalang Syed Azman sebagai calon. Malangnya, Harun Taib terpaksa berbuat begitu kerana Fraksi UMNO yang beliau adalah anggotanya tidak boleh mengizinkan Syed Azman naik dan mampu memenangi kerusi tersebut.
Yang lebih menghairankan, Harun Taib tetap menyenaraikan nama Dr Khazani Abdullah sedangkan Dr Khazani telah menolak tawaran menjadi calon dua minggu sebelum mesyuarat 21 hb Disember. Taktiknya adalah sekiranya Dr Khazani menolak, maka calon seterusnya adalah Mustafa Ali atau Wan Muthalib Embong. Namun, kehendak”secondary” mereka adalah Mustafa Ali. Objektif utama (primary) pula adalah menghalang Dr Syed Azman sebagai calon PAS.
Hasilnya, mesyuarat tersebut tidak dapat membuat keputusan siapa calon. Tuan Guru Presiden pula dilaporkan berkata:
"Kita sudah ada calon...dalam poket saya, Insya-Allah...tunggu 1 Januari depan (kita umumkan)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu hari ini.”
Hakikat sebenarnya pada masa itu calon masih lagi ditentukan akibat mesyuarat pada masa itu tidak mampu membuahkan kata putus.
Walaupun suara Fraksi UMNO adalah minoriti, yakni Mustafa Ali, Harun Taib dan Nasaruddin, tapi mereka dapat mempengaruhi Presiden PAS pada masa itu. Suara dalam mesyuarat yang mahukan Syed Azman jauh lebih ramai namun Presiden PAS lebih mahu mendengar cakap-cakap Mustafa Ali dan Fraksi UMNO. Akibatnya, keputusan tidak dapat dicapai pada mesyuarat 21 hb Disember 2008 tersebut.
Satu lagi butiran email dari sahabat yang lain
Wahid Endut
Kalau kita lihat, senarai asal Harun Taib tidak ada nama Muhammad Wahid Endut. Ini kerana Wahid Endut dilihat sebagai seorang yang mempunyai pendirian dan tidak boleh diperkudakan dengan mudah. Namun, apabila dilihat percubaan mereka semakin tidak menjadi dan gagal, mereka terpaksa juga mencalonkan Wahid Endut.
Sekiranya Wahid Endut tidak dicalonkan ada kemungkinan berlaku pemberontakan PAS Kawasan Kuala Terengganu di dalam PRK ini.
Sekiranya saya menjadi Mohd Wahid Endut saya akan menarik diri secara terhormat kerana dalam kes ini pemilihan Mohd Wahid Endut bukanlah kehendak utama mereka. Mereka hanya mahu menghalang Dr Syed Azman sebagai calon kerana Dr Syed Azman adalah calon yang amat bahaya bagi UMNO/BN.
Sudah tentulah Fraksi UMNO akan berusaha menguntungkan UMNO dan bukannnya menguntungkan PAS.
Syed Azman
Presiden PAS tidak mempunyai apa-apa alasan konkrit untuk menolak pencalonan Dr Syed Azman. Dari segi kajian-kaijan pihak bebas yang saintifik, kesemuanya menunjukkan Dr Syed Azman sebagai calon yang paling sesuai.
Kajian sebuah badan bebas menunjukkan bahawa hanya Dr Syed Azman seorang sahaja yang mampu menarik penyokong-penyokong UMNO (yang lemah) untuk mengundi PAS. Calon lain tidak mampu melakukan demikian. Juga, mengikut kesemua MTD/DUN di Kuala Terengganu (yakni Bandar, Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang) kesemuanya sebulat suara mencalonkan Dr Syed Azman.
Dengan kata lain, kelayakan Dr Syed Azman sebagai calon tidak ada walau sedikit pun keraguan.
Jadi mengapa Dr Syed Azman tidak menjadi calon? Tiada sebab lain melainkan Tuan Guru Presiden masih mudah dipengaruhi oleh Fraksi UMNO seperti Harun Taib dan Mustafa Ali.
Dengan kata lain, Mustafa Ali dan Harun Taib lebih berpengaruh berbanding dengan suara ramai ahli-ahli PAS di kawasan dan cawangan.
Proses Pembersihan Akan Berlaku Berterusan
Oleh kerana Fraksi UMNO mudah mempengaruhi Tuan Guru Presiden, maka pengaruh ini akan digunakan oleh mereka untuk membersihkan PAS dari semua unsur yang menolak kerjasama PAS-UMNO.
Juga, selepas ini semua keputusan PAS hanya akan menguntungkan UMNO seperti yang berlaku di dalam pemilihan calon bagi PRK Kuala Terengganu. Pencalonan Syed Azman akan merugikan UMNO 100%. Oleh sebab itu, Fraksi UMNO harus memastikan calon yang menguntungkan PAS dihalang.
Selepas ini, dengan pengaruh mereka terhadap Presiden, mereka akan membuang semua yang tidak mahu mengikut arah tuju mereka.
Hakikatnya, orang seperti Harun Taib ini adalah seperti “ubat yang telah basi”(expire medicine). Mereka memerlukan pengaruh mereka ke atas Presiden untuk memastikan jangkahayat politik mereka berterusan. Sebelum ini, usaha mereka membawa PAS masuk BN juga adalah salah satu langkah desperado mereka untuk menyelamatkan karier politik mereka yang sudah malap.
Saya ada kawan orang Terengganu yang memberitahu saya bahawa cerita pasal Harun Taib ni dalam poket beliau sahaja.Inilah pendedahan yang saya mampu setakat ini. Saya memang nak PAS menang di Kuala Terengganu, tetapi sekiranya PAS Pusat sendiri “mensabotaj” usaha memenangi kerusi tersebut, bagaimanakah kita yang kecil ini mampu membantu.
Saya sendiri akan cuba berdoa di depan Kaabah semoga para pensabotaj ini akan didedahkan oleh Allah dan segala perancangan mereka digagalkan oleh ALLAH SWT.
Saya sedih Tuan Guru Presiden lebih mengutamakan suara beberapa orang yang telah basi dalam politik berbanding dengan “grass-root” yang lebih memahami waqi’ di tempat PRK akan berlaku.
Komen dari Pakmie
TIDAK TAHU, DAN TIDAK MAHU TAHU JANJI UMNO MENANG
Atas kertas, jika situasi begini terjadi kepada UMNO sudah tentu kemenangan lebih berpehak kepada parti lawan. Mungkin dalam pas tidak sepeti Umno, kita tunggu sahaja keputusan 17 januari nanti. Pakmie rasa jika pun Umno kalah juga, mungkin dimasa tambahan atau dipenentuan sepakan penalti.
Pukul 11.30 pagi tadi pengadil sudah meniup wisel menandakan masa permainan sebenar sudah bermula dan berakhir sehingga pertengahan malam 16 januari . Bermakna bemula hari ini, ruang untuk berkempen adalah 11 hari sahaja.
Mungkinkah Umno menang? Dalam situasi biasa pengundian kali ini sama-sama ada peluang baik Umno atau Pas masing-masing 50:50. Untuk kedua-dua Umno dan Pas yang menentu kemenangan adalah dimasa kecederaan, masa tambahan atau penentuan sepakan penalti. Mana-mana menang pun dengan majoriti yang tipis tidak lebih 1000 undi, ini pandangan dan pendapat peribadi Pakmie setakat hari ini selepas penamaan calon. Kajian dan analisis terhadap pilihanraya ini akan dicoretkan sehingga 17 januari, sila layari Pakmie.blogspot.com.
Apa-apa pun terimalah dengan Takdir Allah Subhanawata'alla, ada hikmah disebalik itu. Selain dari Allah, fikiran manusia itu sendiri yang menentukan. Sempadan bagi orang mukmin dosa pahla dan syurga neraka - Samada kita penyokong pas dan juga Umno.

Harun Taib ni sepatutnya sudah tidak releven lagi di Terengganu. Banyak cerita saya boleh cerita tapi itu untuk sessi yang lain.

No comments:
Post a Comment