Ia dimulai oleh Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang menyerahkan calon pada jam 9:13 pagi diikuti oleh calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut jam 9:18 pagi manakala calon Bebas, Asharuddin Mohamad.
Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng. Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.
Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.
Pengurus pilihan raya kecil, Mat Razali Kasim telah mengumumkan sesi penyerahan borang penamaan calon bermula pukul 9 pagi.
Kira-kira pukul 9.20 pagi, Mohd Abdul Wahid pula memasuki pusat penamaan calon diiringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang tersebut dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.
Kira-kira pukul 9.30 pagi, Azharudin masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.
Difahamkan, rombongan penyokong bagi dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 25,000 orang. Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan ’survival masa depan’ yang paling sengit.
Penyokong masing-masing mula turun dari rumah atau tempat penginapan dan berhimpun sebaik saja selepas Subuh. Tentunya masing-masing datang dengan semangat berkobar-kobar. Yang pastinya bendera atau lambang parti masing-masing menjadi 'senjata' mengiringi perarakan. Riuh randahlah dengan sorakan dan takbir oleh penyokong parti. Calon-calon diiringi dengan gilang gemilang bagaikan pengganti baru.Kepada semua pihak yang bertanding diucapkan selamat bertanding dan berjuang. Demokrasi membenarkan kita beradu kekuatan antara satu sama lain. Sesiapa pun berhak mengambil bahagian dan menjanjikan apa juga kebaikan kepada rakyat. Cuma dalam pertandingan itu ingatlah kepada diri kita sebagai orang Melayu dan bangsa Malaysia. Umat dari bumi di sebelah Timur yang penuh dengan kesopanan dan kesantunan. Tunjukkan semangat demokrasi tulen berdasarkan budaya dan nilai budu kita.
Jangan sesekali hendaknya berlaku sesuatu yang menjolok mata, caci mencaci dan maki hamun sesama sendiri, kejadian itu kurang elok. Batasi emosi masing-masing dan laluilah demokrasi dengan semangat yang tinggi.
Sudah dijangka Tok Mun tak bertanding.
No comments:
Post a Comment