Followers

Tuesday, January 6, 2009

PERTANDINGAN TIGA PENJURU WAHID ENDUT,WAN FARID DAN AZHARUDDIN

KUALA TERENGGANU: Tiga calon disahkan layak bertanding pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Pengesahan itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ia dimulai oleh Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang menyerahkan calon pada jam 9:13 pagi diikuti oleh calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut jam 9:18 pagi manakala calon Bebas, Asharuddin Mohamad.

Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng. Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.

Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.

Pengurus pilihan raya kecil, Mat Razali Kasim telah mengumumkan sesi penyerahan borang penamaan calon bermula pukul 9 pagi.

Beberapa minit selepas pengumuman itu, Wan Ahmad Farid diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon

Kira-kira pukul 9.20 pagi, Mohd Abdul Wahid pula memasuki pusat penamaan calon diiringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang tersebut dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, Azharudin masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.

Seorang lagi calon bebas yang semalam mengesahkan untuk bertanding, Isma Airfath Hassanuddin bagaimanapun tidak hadir pada proses penamaan calon tersebut. Begitu juga Calon Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Harun @ Ab. Rahman Mohamad bersama Tok Mun yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum ke12 baru-baru ini juga tidak bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 januari ini.

Difahamkan, rombongan penyokong bagi dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 25,000 orang. Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan ’survival masa depan’ yang paling sengit.

Penyokong masing-masing mula turun dari rumah atau tempat penginapan dan berhimpun sebaik saja selepas Subuh. Tentunya masing-masing datang dengan semangat berkobar-kobar. Yang pastinya bendera atau lambang parti masing-masing menjadi 'senjata' mengiringi perarakan. Riuh randahlah dengan sorakan dan takbir oleh penyokong parti. Calon-calon diiringi dengan gilang gemilang bagaikan pengganti baru.

Kepada semua pihak yang bertanding diucapkan selamat bertanding dan berjuang. Demokrasi membenarkan kita beradu kekuatan antara satu sama lain. Sesiapa pun berhak mengambil bahagian dan menjanjikan apa juga kebaikan kepada rakyat. Cuma dalam pertandingan itu ingatlah kepada diri kita sebagai orang Melayu dan bangsa Malaysia. Umat dari bumi di sebelah Timur yang penuh dengan kesopanan dan kesantunan. Tunjukkan semangat demokrasi tulen berdasarkan budaya dan nilai budu kita.

Jangan sesekali hendaknya berlaku sesuatu yang menjolok mata, caci mencaci dan maki hamun sesama sendiri, kejadian itu kurang elok. Batasi emosi masing-masing dan laluilah demokrasi dengan semangat yang tinggi.


Sudah dijangka Tok Mun tak bertanding.



No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..