Followers

Friday, January 9, 2009

PERJUANGAN SEBENAR ISLAM DAN BANGSA MELAYU ADALAH UMNO BUKAN PAS

Seperti yang kita sedia maklum, PAS kini terperangkap di dalam mainan politik DAP dan PR sehinggakan maruah parti tersebut kini tercalar dan bertambah parah.

Penafian keras oleh rakan baik PAS, Karpal Singh yang menentang ideologi dan perjuangan parti PAS bertambah jelas apabila beliau mengkritik ketua beliau di dalam PR, DS Anwar Ibrahim.

Tentu ahli-ahli PAS dan pemerhati politik bertambah pelik dengan permainan pemimpin-pemimpin PAS yang masih mahu berdampingan dengan pemimpin-pemimpin DAP yang begitu jelas merupakan duri dalam daging perjuangan PAS hari ini.

Pakmie juga 'kagum' dengan kemampuan pemimpin-pemimpin PAS berwayang kulit serta membohongi ahli-ahlinya sendiri hanya kerana kuasa yang bersifat sementara sahaja. Ahli-ahli pas haruslah melihat dengan mata hati setiap kerpincangan yang berlaku, jangan terlalu taksud lagi kepada parti itu. Pas kini sudah berubah arah perjuangannya.Tinggal lagi wajah atau pembawakan bertopengkan islam semata-mata.

Sudah tentu Pakmie begitu bersimpati dengan ahli-ahli PAS yang telah lama menabur bakti, tenaga dan wang di dalam PAS tetapi sumbangan mereka itu diperkotak-katikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Sebab itulah Pakmie selalu memperingatkan kawan-kawan dalam parti pas, bahawa perjuangan pas sekarang tidak seperti pas yang dahulu kita kenali. Parti itu masa kini tiada berperinsip, bukan lagi untok memperjuangkan agama dan bangsa sebaliknya lebih menjurus kearah kekeliruan sesama islam dan lebih kearah merusakkan bangsanya sendiri.

Pakmie begitu sedih melihat bangsa Melayu yang sanggup mengibarkan bendera dan memakai lencana DAP di Kuala Terengganu, seolah-olah mereka itu tidak pernah membaca dan memahami sejarah DAP dan kelekehan mereka terhadap bangsa pribumi dan tanah air kita Malaysia. Pas telah merusakkan harapan yang diberi oleh pengundi, sewenang-wenang menggunakan kuasa. Di sini jelas sesetengah daripada pemimpin parti itu mempergunakan kedudukan kononnya sebagai pemimpin yang berjuang untok islam sebaliknya untok kepertingan diri sendiri.

Apakah harga maruah orang Melayu begitu murah untuk digadaikan kepada parti DAP?

Seperkara lagi, apakah benar Anwar Ibrahim sanggup diludah?
Jika benar, beliau patut diludah mulai dari sekarang dek politik dan janji palsu beliau selama ini.

Kita dijadikan oleh Allah sebaik kejadian makluk dimuka bumi ini. Pada hari ini kita semua harus berfikir sejenak apakah pemimpin-pemimpin tertinggi pas masih mampu membawa parti itu kelandasan islam yang sebenar. Siang-siang lagi DAP sudah menutup ruang untok umat islam dinegara ini. Apa lagi yang pemimpim pas harapkan dari DAP? hanya tinggal mainan emosi pemimpim pas semata-mata kononnya marah dan benci kepada Umno sanggup bertindak demikian. Memekplotasikan Umno, meletakan parti Umno serendah-rendah kedudukan disisi agama islam di negara ini. Sebaliknya bersepakat dengan parti DAP untok menjahanamkan parti Umno. Tunggak kekuatan bangsa melayu dan islam dihari ini adalah Umno . Kerana Umno lah kita semua dapat hidup selesa di negara ini jika dibandingkan dengan negara jiran kita Thailand mau pun Indonesia tetapi mereka masih tidak besyukur.

Makanya, rakyat dapat hidup dengan aman, dapat beribadat, mencari rezeki tanpa diganggu gugat, undang-undang negara pun tetap berfungsi dengan baik. Pemimpin pas berjuang untok mendapat kuasa dan mahu meruntuhkan kerajaan tanpa mengambil kira huru hara yang akan berlaku di negara ini. Bagi mereka semuanya kerajaan yang salah. Mereka pandai berkata-kata, dan selalu memutarbelitkan fakta untok mengelirukan rakyat. Setiap bulan mereka juga dapat gaji atau elaun berpuloh-puloh ribu sama lah juga dengan pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain. Segala usaha dan kerja mereka lebih kepada parasit negara merusak agama, merusak bangsa dan mahu menghuru hara negaranya sendiri.

PAS adalah parti kedua terbesar bangsa melayu selain dari UMNO.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..