Followers

Monday, January 12, 2009

CIRI CIRI KEPIMPINAN POLITIK YANG BAIK PADA PANDANGAN PENULIS

Ciri-ciri kepimpinan yang baik perlu ada yang kita selalu tunggu-tunggu dalam setiap pemimpin Umno hari ini. Ia juga merupakan ciri-ciri yang khusus, serta dapat melawan arus fitnah yang sedang melanda UMNO dan seluruh kepimpinan yang ada sekarang. Mengapa diperlukan ciri khusus? Kerana cubaan dan cabaran yang sedang dihadapi UMNO kini, sangat memerlukan pemimpin yang jauh lebih hebat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu. Pemimpin yang diharapkan ini haruslah bijaksana, serta mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik bagi membawa UMNO keluar daripada pintu fitnah yang sedang membakar seluruh jasa-jasa baiknya. Dengan sedaya upaya, Pakmie paparkan analisis ringkas terhadap pemimpin UMNO Al-Muntazar yang diinginkan itu. Kepada Allah jua Pakmie berdoa dan berharap.


Taat dengan perintah dan larangan daripada Allah SWT. Berpegang teguh dengan nas dan hujah yang jelas kebenarannya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran dan sentiasa berusaha ke arah mendapatkan kebenaran dengan merujuk Al-Quran dan Al-Hadis (Shahih) sebagai sumber utama kepimpinannya.
Berupaya untuk berhujah dan berdebat serta tidak kekok untuk bercakap di khalayak ramai dengan dalil dan pandangan yang bernas, serta sanggup berhadapan dengan sesiapa pun (ini penting dalam usaha menghancurkan fitnah). Menguasai pelbagai disiplin ilmu, agar pandangan yang diberi serta pengurusan yang diamalkan tidak hanya dilihat dari satu aspek semata-mata, sebaliknya melalui pelbagai dimensi dan perspektif.

Tidak banyak beretorik (seperti Anwar Ibrahim), sebaliknya idea yang di sampaikan lebih bersifat pragmatisme.
Tiada banyak protokol dan mudah bergaul dengan semua peringkat masyarakat.

Mementingkan dan mengutamakan kebenaran terlebih dahulu daripada hati dan perasaan orang lain. Sanggup bercakap benar kepada sesiapa pun, sama kepada ahli mahupun barisan kepimpinan.
Menggunakan pendekatan agama dan dakwah dalam membersihkan unsur-unsur tidak sihat dalam UMNO. Menekankan soal solat, menutup aurat, serta ketaatan kepada Islam. Bijaksana, yakni pantas menghidu masalah yang bakal timbul pada masa hadapan serta cara mengatasinya. Memahami realiti yang sedang berlaku dan bertindak mengikut keadaan semasa dan bukan ikut nafsu.

Mempunyai banyak idea yang mampu menukarkan sistem UMNO yang sedia ada kepada sebuah sistem yang lebih baik. Berupaya menggerakkan idea tersebut dengan meyakinkan ahli-ahli UMNO. Seorang yang disenangi, mudah didekati serta diterima semua jenis kumpulan di dalam UMNO, sama ada yang beraliran agama, atau pun tidak.

Menekankan kasih sayang dan ehsan dalam perjuangan.bersifat lembut dan keras. Lembut tidak bererti lemah, keras tidak bererti kasar. Menjauhi kemewahan dan kekayaan yang selama ini membaluti pemimpin-pemimpin UMNO yang banyak mengundang fitnah dan cacian orang ramai.

Menarik orang ramai dengan idea dan hujah yang bernas dan bukan dengan duit dan projek.Tahu membezakan antara Politik dengan Perniagaan dan tidak mencampuri kedua-duanya dalam satu bekas – agar fitnah tidak bermaharajalela.

Sanggup dikritik dan sedia berlapang dada dengan sesiapa sahaja. Dan apabila kebenaran sampai kepadanya, terus diterima tanpa banyak soal dan tanpa mempertikaikan. Tunduk sepenuhnya kepada kebenaran seperti Sayidina Umar.









No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..