Mantan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Dato’ Ahmad Ismail, yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini(semasa pilihanraya kecil Pematang Pauh) diangkat sebagai ‘Wira Melayu’ semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Bukit Bendera November lepas kini dikatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada pagi esok Khamis 29 Januari 2009 atas tuduhan menghasut.
Ini adalah berhubung ceramah dimana Ahmad menyifatkan rakyat Malaysia keturunan Bukan Melayu pra-Kemerdekaan sebagai “pendatang”. Ini dilaporkan akhbar bahasa Mandarin Sin Chew Jit Poh dan telah digembar gemburkan sebagai ‘berbaur perkauman’ dan menimbulkan keadaan yang ramai menyifatkan ‘tegang’. Oleh sebab tindakan itu, MT UMNO menggantung keahlian Ahmad selama 3 tahun dalam mesyuarat 10 September 2008.
Ahli UMNO(segolongan besar kaum melayu) melihat perkembangan ini sebagai tidak adil dan tindakan Ahmad membuat kenyataan dalam ceramah 23 Ogos itu begitu diperbesar besarkan oleh parti politik, termasuk komponen BN yang menyifatkanya sebagai ‘rasis’. Ini juga berkaitan rapat dengan Ketua Wanita Gerakan dan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Tan Lian Hoe juga membuat kenyataan bahawa orang Melayu juga disifatkan sebagai “pendatang”.
Kenyataan Ahmad ini digesa parti komponen BN untuk memohon maaf dan ada yang meminta UMNO mengambil tindakan keras, termasuk mendisiplinkan beliau. Etika perlakuan pemimpin juga digesa dengan begitu lantang sekali. Namun, pemimpin UMNO Pulau Pinang sebulat suara menyokong keengganan Ahmad untuk memohon maaf.
Jika ia (Ahmad) akan didakwa dibawah Akta Hasutan, maka apakah tindakan yang sama akan dikenakan keatas Tan? Jika tidak, apakah kedudukan dan nilai maruah seorang pemimpin UMNO yang hanya menyatakan sebagaimana sejarah merakamkan proses migrasi kaum yang sebenarnya tidak berasal dari Nusantara ini? Mengapa sejarah kaum immigran ini sebagaimana ditafsirkan secara nyata oleh seorang pemimpin UMNO dianggap sebagai “menimbulkan kemarahan” sedangkan pemimpin komponen BN sendiri mempersoalkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan (yang diujudkan melalui proses demokrasi)?
Sekiranya tindakan berasaskan Akta Hasutan atau mana mana peruntukan relevan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak dikenakan kepada Tan (dimana satu laporan Polis juga dibuat keatas beliau), maka ianya akan disifatkan sebilangan majoriti orang Melayu sebagai berat sebelah. Menjaga hati ‘rakan kongsi’ parti komponen BN yang membentuk Kerajaan yang mengamalkan konsep ‘perkongsian pintar’, akan dilihat tidak adil dan kemungkinan akan menimbulkan kemarahan dikalangan orang Melayu.
Kedudukan dan peranan mereka sebagai ‘rakan kongsi’ memerlukan perhatian teliti(Kalau dikaji peranannya dalam PRU12). Orang Melayu, melalui UMNO, kini menyumbang 56.4% dari 140 kerusi BN dalam Dewan Rakyat berbanding dengan parti komponen Bukan Melayu MCA 10.7%, Gerakan 1.4%, MIC 2.1%, SUPP 4.3% dan LDP 0.7%. Untuk menentukan kemenangan, kerusi yang dimenangi oleh parti komponen BN Bukan Melayu adalah bergantung atas undi majoriti Melayu dan bukan sokongan kumpulan etnik mereka sendiri.
Apakah perasaan orang Melayu sebagai penyumbang kuasa dan kekuatan utama bagi Bukan Melayu bersuara sebagai parti pemerintah dalam Dewan Rakyat dan Kerajaan tidak diambil kira dan boleh diperlekehkan, bila bila dan dimana mana? Ketirisan prihatinan keatas perasaan orang Melayu dikalangan parti komponen BN makin terserlah dan ramai orang Melayu yang dan akan menganggap ini sengaja dijadikan modal provokasi, kemungkinan untuk menguji secara sistematik toleransi dan had kesabaran etnik asal majoriti rakyat Malaysia.
Perasaan dan daya toleransi orang Melayu wajar ada hadnya. Menghormati batas batas yang telah menjadi asas kesefahaman dan kemudian, semangat setiakawan semenjak ber’kongsi kuasa’ selama lebih 53 tahun ini wajar diambil perkiraan menyeluruh dan iktibar, sebelum masing masing mengambil tindakan yang akan merugikan semua, sampai bila bila.
Bahanberita.
No comments:
Post a Comment