Followers

Saturday, January 3, 2009

PRK KT - BEBAS BERUSAHA MENURUN (HARGA) BARANG...

Ada seorang penulis politik marah-marah . Sebab Pakmie kata BN dijangka menang di PRK Kuala Terengganu pasal "barang turun". Dia kata takkan di Kuala Terengganu saja barang turun?... Pakmie cakap hanya di Kawasan Parlimen Kuala Terengganu saja barang turun, kawasan mengundi P36. Pakmie tambah lagi, mana-mana "P" pun jika Tok Mun bertanding barang kena turun...(masih dia tak faham hehe) sebab Tok Mun yang turunkan barang bukan kerajaan BN atau Umno.

Jangan ingat dia tak hebat. Masa PRU, pembangkang kempen secara negatif, "Undi BN, lepas PRU Barang Naik." Kempen Tok Mun positif, "Undi Tok Mun, garenti (harga) barang tak naik." Kalah Mat Sabu sampai tak boleh letak tanding lagi. Minyak si Dolah naikkan secara gopog gapah pun turun balik... main-main dengan Tok Mun!Kali ini, si Isma (dalam gambar) mintak Tok Mun jangan tanding Bebas (Isma tak nak barang turun lah tuu..) Biar saja dia yang bertanding...Isma pun mungkin takut kat Tok Mun!

Doa orang tua dimakbulkan tuhan kerana mereka selalunya ikhlas. Kalau Tok Mun bertanding kali ini, boleh pakai slogan, "Undi Tok Mun. Bukan saja garenti (harga) barang tak naik, (harga) barang pasti turun." PRU12 baru-baru ini Tok Mun dapat 685 undi mengalahkan majoriti kemenangan BN dengan pas 629 undi. Kalau tidak kerana Tok Mun adakah BN menang?

Oh .. itu. Tak akanlah itu jadi isu katanya(Masih tak faham). Jika Pakmie dapat ketemu dengan Tok Mun sebelum 17 jan ni, Pakmie nak suruh Tok Mun nyanyi karaoke. Nyanyi lagu-lagu yang bermakna, membina kesedaran dan islamik corak nasyid supaya tidak diharam oleh pemimpin pas. Sudah tentu ramai pengundi pas berpaling mengundi Tok Mun kerana mengundi Tok mun juga sama dengan mengundi Pas, sama-sama dapat pahla sebab cara-cara atau ciri-ciri pendekatan islam yang pas ambil sama dengan Tok Mun sebut melalui nyanyian itu. Punya banyaklah perkara boleh dibuat isu pilihanraya, nyanyi karaoke pun boleh jadi isu. Kan termalu bila Wan Farid beritahu dia menyanyi dengan anak saudara di Majlis keluarga.

Sebelum Pesuruhjaya pilihanraya bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, Nik Aziz awal-awal lagi dah cadangkan Mad Sabu sebagai calon PRK Kuala Terengganu. Pas memang berbisa dalam hal-hal putar belit. BN telah lama mengistiharkan calon sebaliknya pas baru 1 januari lepas baru boleh mengistiharkan siapa calon kononnya menanti hari pertama tahun baru!. Ingin sembunyi lagi, sedangkan seluruh masyarakat dah tahu soal perebutan calon menjadikan kelewatan pengistiharannya.

Nasib baiklah 6 januari tarikh penamaan calon, jika tidak agaknya sampai sekarang masih tak tahu lagi siapa calon pas untuk pilihanraya itu.

Menang BN, dan Hidup Tok Mun! jasa Tok Mun tetap dikenang... jangan marah ya!



No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..