Followers

Thursday, January 8, 2009

LIM KIT SIANG(DAP) + NIK AZIZ(PAS) = ANWAR

Salam ada makna ... kerana bencikan orang melayu islam dalam UMNO makanya apa-apa sahaja boleh terjadi. Kalau tidak kerana politik sudah tentu Nik Aziz lah orang yang paling dibenci oleh DAP. Tetapi disebabkan suatu agenda yang tersirat oleh DAP yang tidak dapat difikir oleh Pas, parti itu sanggup bersekongkol dengan PAS. Padahal sudah jelas ORANG-ORANG ISLAM adalah musuh tradisi DAP di bumi Malaysia ini.

DAP pernah menggeluarkan dibenak hatinya sendiri kata-kata menghina islam. Kata Karpal Sing langkah mayatnya dahulu jika PAS mahu laksanakan pemerintahan cara islam di Malaysia ini. Orang-orang islam dalam Umno tetap mengingati sampai bila-bila kata-kata itu, tetapi kenapa Pas mudah lupa? Mungkin ia sebagaimana kata-kata Tun Mahadir suatu ketika dulu kepada orang melayu"Melayu mudah lupa" rupa-rupa inilah, sudah lebih 2otahun KATA-KATA Tun Mahadhir itu kini terjawab sudah... Sudah tentu DAP lebih cerdik dari Pas dalam apa jua sekali pun, dan yang paling cerdik sekali adalah Anwar Ibrahim. Kebodohan pas sebenar dapat diukur dengan jangkamasa selama mana ia bergabung
dalam PR.

Diantara parti-parti gabungan dalam PR, Pas lah parti paling lama bertapak dan juga paling ramai pengaruh berbanding dengan DAP dan Keadilan. Tetapi sebaliknya dalam gabungan itu Pas dianggap sebuah parti paling kerdil dan menumpang oleh DAP dan Keadilan seperti yang dapat kita lihat di lima negeri yang diperintah oleh pembangkang hari ini, apa yang diputuskan oleh pas diubah oleh DAP dan juga Keadilan. Kalau tidak kerana politik berkepentingan dan sifat dendam sesama melayu dan islam dengan Umno sudah tentu Pas tidak sanggup diperkotak katikkan oleh DAP dan Keadilan seperti yang berlaku dihari ini.

Bukan setakat maruah Pas itu sendiri tergadai, ia juga maruah islam dan melayu keseluruhannya. Kenapa begitu sekali... para pengundi di PRK KT kena fikir lah sendiri! para pengundi di Kuala Terengganu sahaja boleh menyelamatkan parti itu supaya tidak digodai oleh DAP dan Keadilan. Kejutkan parti itu dari tidor, berilah kesedaran dalam pilihanraya ini. Jika kita semua iklas untuk menyelamatkan agama dan bangsa kita sendiri maka selamatkanlah pas dari genggaman DAP dan Keadilan.

Makanya untok menyedarkan dengan cara lain sudah tentu tidak dapat diterima oleh pimpinan pas lagi, kita tentukan pas kalah dalam pilihanraya DENGAN CARA MENGUNDI BN DI KUALA TERENGGANU NANTI. Jika Pas kalah dalam piliharaya ini, sudah tentu perubahan corak kempimpinan pas akan berlaku, seperti mana apa yang kita semua tahu dan akan terjadi kepada corak kepimpinan dalam parti UMNO mach nanti. Dimana Peralihan kuasa Pak Lah kepada Datok Sri Najib sebagai Perdana Menteri akan berlaku. Ini adalah gara-gara kemerosatan undi dalam PRU12 yang lepas, dimana kesannya lima negeri sudah jatuh kepada parti pembangkang. Semua ahli-ahli Umno terpaksa akur dengan keputusan ini. Begitu juga lah caranya jika kita mahu buat pembersihan corak kempimpinan dalam parti pas sekarang, yang mana pemimpin atasan sudah tidak berpegang kepada perinsip asal perjuangan parti itu. Kita semua sebangsa dan seagama, kita rakyat dipertanggungjawab memperbetulkan keadaan jika pemimpin kita sudah lalai dari tanggungjawab yang diberi dan seringkali melakukkan kesilapan. Demi agama, bangsa dan negara tidak kira samada kita pas atau Umno sudah menjadi tanggungjawab kita semua hamba rakyat bawahan mahukan yang terbaik. Disini ada soalan cepus mas dari Pakmie... senang sahaja soalannya.

"
JIKA BENAR ANWAR IBRAHIM SAYANGKAN AGAMA DAN BANGSANYA SENDIRI KENAPA BELIAU TIDAK MASUK SAJA PARTI PAS? KENAPA BELIAU BEGITU SEKALI SANGGUP MENGHABIS MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT SEMATA-MATA MAHU MENUBUH PARTINYA SENDIRI KEADILAN? SEPATUTNYA IA SAMA-SAMA BERJUANG DALAM PARTI PAS KALAU PUN TIDAK DALAM UMNO. KENAPA IA TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMPERBETULKAN UMNO JIKA BENAR PARTI ITU SUDAH TIDAK RILEVEN LAGI? IA ADA PENGARUH DALAM UMNO SEBAB BELIAU MANTAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SUATU KETIKA DAHULU. ANDAINYA IA BERUSAHA SEPERTI MANA BELIAU LAKUKAN PERGABUNGAN ANTARA PAS DAN DAP SUDAH TENTU PAS DAN UMNO SUDAH BERSATU. ITU JUGA MERUPAKAN SATU JALAN MUDAH BERBANDING USAHA BELIAU SEKARANG UNTOK MENJADI PERDANA MENTERI. KENAPA IA PILIH JALAN SUKAR? SEMUANYA AKAN TERJAWAB SELEPAS UMNO MENANG DALAM PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU NANTI." ( setuju ko pakcob?)


Pakmie rindu pada lagu lama ' bangau oh bangau...'

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..