Monday, February 9, 2009

ARWAH BELUM MERAH LAGI TANAH KUBUR - ORANG PAS DAH GILA PILIHAN RAYA

PEMUDA KELANTAN CADANG NIZAR TANDING BKT GANTANG

Februari 9, 2009.









KOTA BAHARU (9 FEB): Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Adun Mengkebang mencadangkan supaya Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin dicalonkan bertanding pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan tidak lama lagi. .

“Ini kerana sokongan rakyat Perak terhadap Nizar masih kuat kerana sikap amanahnya dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak selama 11 bulan.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan berkeyakinan pengundi akan memberi sokongan padu kepada beliau sebagai seorang yang dizalimi.Inilah medium paling sesuai bagi rakyat Perak untuk menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Selain itu kata beliau ia juga sebagai medan untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap isu yang berlaku di Perak sekarang. Pemuda PAS Kelantan berdiri teguh di belakang Nizar bagi menghadapi kerenah politik cacar merba Umno sekarang.

Perakdaily.

Komen

Apa sudah jadi mana ketaatan kepada Allah SWT. Mana ketakwaan kita kepada Allah SWT jika politik sudah mengusai hati, setiap saat tiada masa rihat. Dunia punya hal, orang cakap semua salah. Kita cakap saja yang betul...dalam news tv3 sekejap tadi pun nampak kalut pemimpin pas tentang calon. Yang peliknya tiada seoarang pun dari kalangan Umno yang bercakap tentang itu. Sudah terang lagi tersuluh!








No comments:

Post a Comment