Tuesday, February 10, 2009

LAGI ISU POLITIK PERAK : APA KATA KALAU PAS PERAK SERTAI BN?

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- PAS Perak hari ini disaran menyertai Barisan Nasional (BN) bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan seterusnya membentuk satu pentadbiran kerajaan negeri yang lebih mantap.

Exco Pemuda juga calon Ketua Pemuda Umno Malaysia mac nanti Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata PAS harus mempertimbangkan cadangan berkenaan agar sebuah kerajaan negeri yang kuat dan bersatu padu dapat dibentuk.

"Dengan cara itu, kita (BN) akan dapat memimpin dan mentadbir negeri Perak dengan lebih terjamin dan berkuasa kerana gabungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Bebas dan PAS akan dapat mewujudkan satu pentadbiran negeri yang lebih mantap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Majlis Makan Malam Gala Persatuan Sindrom Down Malaysia di sini. Katanya apabila orang Melayu bersatu, semua masyarakat di negara ini akan mendapat manfaat dan faedahnya.

Mukhriz berkata demikian ketika mengulas pergolakan politik di Perak sehingga menyebabkan kepimpinan negeri itu yang sebelum ini dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertukar tangan kepada BN. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment