Tuesday, February 10, 2009

PRK : PERAK 1 PARLIMEN DAN KEDAH 1 DUN

Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak, akan diadakan tidak lama lagi bila penyandangnya, Roslan Shaharum, 50, kembali ke rahmatullah pada 9 Februari 2009. PRK ini dijangka lebih hangat daripada Permatang Pauh atau Kuala Terengganu. Sumber-sumber Ibu Pejabat UMNO Malaysia pula meramalkan bahawa satu lagi PRK bagi sebuah kerusi DUN di Kedah mungkin juga diadakan tidak lama lagi. Ini kerana ADUN PKR bagi kerusi berkenaan dikatakan meletakkan jawatan akibat masalah peribadi yang serius. Apakah peluang BN bagi kedua-dua kerusi di atas yang dimenangi PR dalam PRU12. Paling khusus lagi, apakah peluang BN memenangi PRK di Perak setelah ia mengambilalih Kerajaan Negeri baru-baru ini dan kekecewaan rakyat jelata mengenainya pun masih belum reda hingga ke hari ini

No comments:

Post a Comment