Wednesday, February 18, 2009

BOGEL ELI - LAGI ANWAR SALAHKAN BN

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penyebaran gambar bogel anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai konspirasi terbaru Barisan Nasional (BN) terhadap pembangkang.

Ketua Pembangkang itu mendakwa selepas kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mejar (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, kini mereka diserang sekali lagi dengan isu moral.

"Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini.


Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment