Wednesday, February 18, 2009

PRK P059 - STRATEGI BARU DAP PERAK

IPOH 17 Feb. - Seorang bekas pemimpin DAP Perak menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.

Ahmed Aki (gambar), 60, berkata, dia mahu memberi peluang kepada pengundi di Parlimen Bukit Gantang memilih wakil rakyat yang bebas daripada sebarang parti politik.

Katanya, calon Bebas adalah wakil rakyat yang paling sesuai bagi penduduk Bukit Gantang kerana calon yang mewakili parti politik hanya memberi masalah kepada rakyat.

''Bagi saya, parti-parti politik yang bertanding semuanya memberi masalah kepada rakyat kerana ada antaranya bersikap menderhaka kepada Sultan dan meminggirkan kepentingan kaum Melayu selepas diberi peluang berkuasa di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Ahmed bertanding dalam pilihan raya kerana beliau pernah bersaing merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chemor pada pilihan raya umum 1982 dan DUN Aulong pada 1990 mewakili DAP.

Ketika itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Desa dan Bandar DAP Perak serta Naib Pengerusi Gerak DAP Perak sekali gus menjadikannya antara pemimpin Melayu paling berpengaruh dalam parti pembangkang itu di negeri ini.

Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment