Tuesday, February 10, 2009

PASARAN HADAPAN

PASARAN HADAPAN (FUTURE MARKET)

FUTURE MARKET atau di dalam bahasa Melayunya di sebut Pasaran Hadapan. Pasaran hadapan juga di panggil Komoditi. Jual beli pasaran hadapan juga adalah berupa kontrak sesuatu hasil komoditi seperti kopi, kacang soya dan sebagainya. Sebagai contoh katakan Jepun akan mengeluarkan kacang soya dalam masa 6 bulan. Sebelum kacang soya dihasilkan dan dipasarkan ke pasaran antarabangsa, pelabur atau pedagang-pedagang lainnya sudah membuat perjanjian atau kontrak untuk membeli beberapa lot hasil keluaran komoditi tersebut.

Walaupun hasil sesuatu komoditi tersebut belum dikeluarkan lagi atau di hasilkan, harga komuditi tersebut akan turun naik di pengaruhi oleh keadaan politik negara yang menghasilkan komoditi tersebut.

Harga komoditi juga di pengaruhi oleh keadaan cuaca atau bencana alam yang menimpa Negara pengeluar. Oleh kerana harga komoditi turun dan naik tidak menentu setiap hari, maka pelabur-pelabur akan memperolehi keuntungan jika mereka membeli kontrak ketika harga komoditi sedang turun dan menjualnya kembali apabila harga komoditi meningkat. Ini berlainan dengan FOREX, yang mana seseorang pelabur itu akan memperolehi keuntungan jika sesuatu nilai matawang meningkat atau menurun.


No comments:

Post a Comment