Tuesday, February 10, 2009

STOCK EXCHANGE

STOCK EXCHANGE

Stock Exchange atau di dalam bahasa Melayunya dipangil Pertukaran Saham atau Pasaran Saham. Di dalam pasaran saham (stock market), pedagang atau pelabur memperolehi keuntungan daripada hasil jual beli sesuatu saham syarikat yang di senaraikan di dalam pasaran saham. Sebagai contoh katakan pasaran saham sedang meningkat naik, anda membeli satu lot atau 1,000 unit saham sesebuah syarikat. Dalam beberapa hari katakan harga saham tersebut menigkat naik dan anda menjualnya kembali untuk mendapatkan keuntungan. Jika pasaran menurun dan anda menjual kembali ketika pasaran menurun, sudah tentu anda akan memperolehi kerugian.

Keadaan ini berlainan dengan pasaran Forex. Di mana jika pasaran matawang naik atau turun anda masih boleh memperolehi keuntungan. Ini bermakna setiap transaksi jual beli matawang berdasarkan gandingan matawang Amerika dan Jepun iaitu disebut di dalam pair Market House ialah USD dan JPY. Apabila pasaran sedang menurun, anda menjual matawang USD dan membeli matawang JPY. Jika matawang USD semakin menurun berbanding dengan matawang JPY, maka semakin banyak anda mendapatkan keuntungan.

Apabila pasaran sedang menigkat naik, anda akan membeli matawang USD. Oleh kerana pasaran semakin meningkat, anda akan memperolehi semakin banyak keuntungan. Oleh itu, kesimpulannya walaupun pasaran matawang naik atau turun, anda masih memperolehi keuntungan.

No comments:

Post a Comment