Wednesday, February 18, 2009

Isu Hakim " PAS " akan mendengar Petition Nizar? - Malaysiakini

UNTUK EDARAN AHLI BPN : Isu Hakim "PAS" akan mendengar Petition Nizar ? - Malaysiakini

ARTIKEL INI DIHARAP DAPAT DIULAS/ DISALIN/ DISEBAR/ DICETAK / DI-SMS OLEH AHLI BPN DENGAN KADAR SEGERA..


INI BAGI MEMASTIKAN TIADA BERLAKU SEBARANG KEPUTUSAN TIDAK ADIL OLEH HAKIM YANG DISEBUT DI BAWAH INI DALAM ISU TUNTUTAN SAMAN PENDERHAKA PERAK TERHADAP MB YANG DIPERKENAN DYMM SULTAN AZLAN SHAH...


DEMI UNTUK KEDAULATAN RAJA MELAYU KITA.DAULAT TUANKU !!!


Satu SMS baru saya terima dan mesejnya memerlukan tindakan segera para Blogger yang prihatin terhadap proses keadilan dan keutuhan Institusi Raja-Raja Melayu.


Menurut SMS tersebut, kes petition saman bekas MB Perak, Dato Seri Muhammad Nizar terhadap kerajaan baru Perak dan secara tidak langsung, saman terhadap keputusan yang telah dibuat oleh DYMM Sultan Perak akan didengari oleh Hakim Yang Arif Tuan Mohamad Ariff bin Mohd Yusoff.

Hakim Tuan Arif ini dikatakan oleh SMS ini pernah menjadi Penasihat Undang-Undang PAS dan leading council dalam kes petition pilihanraya di Kangar, Perlis.

Para blogger dipohon membantu memainkan peranan supaya memastikan proses keadilan dan keutuhan Perlembagaan tidak dicemari.

Nizar telah memfailkan petition saman di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Februari 13hb, 2009. Dari laporan berita, saman petition ini telah meletakkan Dato Dr Zambery Kadir sebagai defenden utama.

Penamaan Dr Zambery dilihat oleh penganalisa undang-undang sebagai anih kerana dia tidak terlibat dengan keputusan mengubahkan kerajaan negeri. Nizar telah dihentikan atas kuasa dan keputusan DYMM Sultan Perak dan tentu sekali defenden yang sepatutnya adalah Tuanku Sultan Perak.

Berdasarkan rencana yang telah disiarkan sebelum ini sini, perkara ini perlu dipandang dengan berat kerana ia boleh akan mempertikaikan kuasa prerogative Raja dalam membuat keputusan dan membawa impak terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Tindakan Nizar ini dilihat sebagai wayang politik Anwar yang mungkin merancang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman dan ini adalah satu kesalahan menghina sistem mahkamah.

Sekiranya bekas Penasihat Undang-Undang PAS telah dijadualkan untuk mendengar petition ini, ia menimbulkan kemungkinan proses keadilan telah dicemari dan keputusan berat sebelah mungkin berlaku. Jika benar Hakim Tuan Ariff mempunyai hubungan dengan PAS, ia sepatutnya mengundurkan diri dari kes ini.

Keadaannya seolah-olah apa sekali keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat akan mencemarkan proses keadilan dan mahu mempolitikkan keadaan untuk membina saham politik.

Perkara ini amat berat sekali. Para blogger boleh membantu untuk mewar-warkan perkara ini dengan membincangkan perkara ini dan mendedahkan maklumat-maklumat untuk menghalang sebarang usaha untuk menghalang proses keadilan dijalankan dengan lancar.



cilok dari :
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/02/hakim-pas-akan-mendengar-petition-nizar.html

No comments:

Post a Comment