Keseluruhan hujah yang diketengahkan oleh ketiga-tiga tokoh calon Ketua Pemuda Umno Malaysia di TV9 malam tadi menampakkan Umno khasnya generasi muda akan menempuh era zaman kebangkitan semangat dan roh baru pemuda UMNO. Kebangkitan Melayu yang sudah dirindu sekian lama dinegara ini. Tetapi sejauh mana penterjemahan yang sebenar bakal terjawab selepas Persidangan Agong Perwakilan Permuda Umno Malaysia mac nanti.
Keberanian yang beridealisme dalam menengahkan inpirasi disamping mengekal dan mempertahankan hak-hak yang tersedia ada, membuktikan ketiga-tiga tokoh pemuda tersebut mampu menlahirkan generasi muda yang lebih berwawasan dan berdaya tahan selepas ini.
Pendekatan baru yang lebih rasional dan realistik diambil dan tidak lagi bergantung kepada slogan semata-mata. Persekitaran politik yang menerima mekanimse baru, media, internet, blog dan sebagainya menyebabkan orang ramai berminat ingin tahu dan mahu mengambil peduli perkembangan politik terkini tanah air.
Semuga perubahan yang dilaung-laungkan oleh ketiga-tiga tokoh itu tidak sekadar retorik dan gula-gula semata-mata. Sesungguhnya kaum melayu dinegara ini sudah lama ternanti-nanti ketokohan dan sifat pemimpin yang benar-benar berani, bijaksana, tegas dan bersemagat jitu yang sanggup membuat perubahan paradigma demi agama, bangsa dan negara. Adakah wajah yang kita maksudkan itu ada dirancangan hujah dikaca ditv9 malam tadi?. Kaum melayu memang sudah ketinggalan jauh yang memerlukan pembelaan dan perhatian dari pemimpin atasan Umno yang ada pada hari ini - Wallahuallam.
SALAM BRO....HARAP PERUBAHAN YANG LEBIH JITU DENGAN PELBAGAI MATLAMAT DAN CITA-CITA BAGI MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU INI DI PERSIDANGAN BULAN DEPAN NI.
ReplyDeletePKR MENANGIS??? KENAPA???http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/pkr-menangis-dek-kerana-peliwat-tegar.html
Salam juga utk GOMO dan Rakan2 BPN.
ReplyDeleteSenyum keseorgan aku baca blog ko tu...
Jitu,tepat dan padat...apa lagi erk?
5 anak ikan untok ko sahabat!
Slmt berjuang demi agama,bangsa dan negara.
Tq kerana pastekan blog Pakmie dlm blog GOMO.