Saturday, February 28, 2009

KARPAL MASIH BERMAIN API DENGAN PEMUDA UMNO

Pemuda UMNO sedia bertanggungjawab berhubung insiden kekecohan di bangunan Parlimen semalam, sekalipun terpaksa menghadapi tindakan mahkamah.

Malah Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sendiri sanggup tampil bersama-sama untuk memperjelaskan dan berdepan dengan apa jua kemungkinan.

"Kita lihat provokasi dibangkitkan bukan sahaja dalam hal memanggil 'Pemuda UMNO celaka' tetapi sebelum ini pun kita tengok provokasi demi provokasi yang bukan mudah kita bendung kemarahan orang ramai telah dilakukan.

"Dalam hal ini, jika saya sendiri perlu diheret ke mahkamah, saya sanggup lakukannya untuk memperjelaskan apa yang berlaku dan apa peranan saya," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas insiden kekecohan di Parlimen semalam, apabila sekumpulan ahli Pemuda UMNO Selangor berdepan dengan Karpal Singh bagi mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meminta maaf atas ungkapan menghina pergerakan itu.

Mereka tidak berpuas hati dengan ungkapan 'Pemuda UMNO celaka' yang diucapkan Karpal semasa sidang Dewan Rakyat selain kenyataannya menuduh ahli pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya.

Hishammuddin berkata, Pemuda UMNO akan terus mempertahankan nama baik dan maruah orang Melayu terutama institusi raja-raja Melayu daripada dihina oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, insiden yang berlaku itu menunjukkan emosi ahli pergerakan tersebut sudah tidak dapat dibendung kerana perbuatan provokasi Karpal.

"Kita tahu jika kita paksa dia meminta maaf sekalipun, dia tidak akan melakukannya. Saya sudah kata Pemuda UMNO marah dan semua pihak pun marah. Siapa yang tak marah jika dipanggil dengan pelbagai nama.

"Jadi jangan main dengan api kerana kemarahan itu merupakan satu perkara yang jika tidak dibimbing dan dibendung akhirnya akan meluas pada isu yang lebih besar,'' tegasnya.

Beliau memandang serius keadaan yang berlaku sekarang dan memantau apa yang terjadi kerana ia dikhuatiri akan berleluasa.

Bukannya hendak meminta maaf, sebaliknya hari ini Karpal Singh menggelarkan pula Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai - budak kecil dan juvenil.

Dalam maklum balas kepada desakan Khairy supaya beliau mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhannya yang pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru kepadanya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata:

"Khairy sepatutnya belajar daripada bapa mertuanya (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). Saya bersama beliau telah memasuki Parlimen sejak 1978.

"Saya sudah berada dalam Parlimen selama tujuh penggal, siapakah Khairy Jamaluddin untuk mencabar saya.

"Saya tiada masa untuk Khairy, jikalau saya ada masa, baik saya gunakan untuk urusan lain."

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di luar Istana Negara di sini hari ini.

Semalam, Khairy Jamaluddin memberi tempoh 24 jam kepada Karpal untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

Terdahulu, sekumpulan ahli pergerakan itu dari Selangor berdepan dengan Karpal di pekarangan Parlimen, menuntutnya meminta maaf berhubung panggilan 'Pemuda UMNO celaka' di dalam Dewan Rakyat.

Bagi Karpal, beliau tidak gerun dengan 'ugutan' Khairy.

"Ini merupakan satu ugutan daripada Khairy terhadap saya. Saya tiada masa untuk juvenil politik.

"Saya ingin menjelaskan di sini, saya tidak takut kepada sesiapa. Jangan ugut saya...Jangan ugut saya," tegas beliau berulang kali.

Utusan online.

1 comment:

  1. Si BANGSAT Anwar Ibrahim semalam mengatakan Pemuda UMNO bacul apa bila menyerang Karpal Singh yang kononnya seorang OKU, sejak mula pembangkang menang pilihanraya lepas, dah terlalu banyak kenyataan kurang menyenagkan dan menguris hati orang melayu di keluarkan oleh mereka, takan kita nak duduk diam sahaja, takan kita sanggup membiarkan pembangkang menunjal-nunjal kepala kita, kita nak tunggu sampai bile..?

    Aku pun kadang-kadang tak paham dengan sikap dan perangai pemuda umno sekarang ini, pada aku la, kalau karpal buat perangai macam ni di zaman Allahyarham Datuk Harun dulu, rasa-rasa aku karpal ni dah jadi mendiang kut. cuba korang bayangkan la seorang kaki jubur dengan bangganya mengatakan pemuda umno bacul. kalau la kita nak bandingkan Pemuda UMNO yang ada sekarang ini dengan Angkatan Muda Keadilan, memang jauh panggang dari api dengan pemuda PAS pula, bagai langit dengan bumi dan pemuda DAP, boleh la di ibarat Kominis dengan Askar Melayu.

    Cukup la setakat itu, kita dah muak dengan perangai pembangkang yang semakin biadap dan dilihat tidak waras sekarang ini, cilakanya pembangkang ini sekarang, setiap kali berlakunya pergeseran di antara mereka, maka BN/UMNO akan di persalahkan, kadang-kadang mereka sengaja mereka cipta sesuatu permasaalahan itu kemudian menunding jari menyalahkan BN/UMNO, kemudian mereka bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat yang segala masaalah itu datangnya dari BN/UMNO dan BN/UMNO lah dalangnya, maka di gunakan la pak-pak lebai yang nyanyuk untuk mengia kan tuduhan mereka itu.

    Siapakah perancang utama dalam semua perkara itu? tentulah tak lain dan tak bukan Anwar Ibrahim si kaki jubur tu. Kemana perginya pemuda MIC, MCA, PPP dan komponen pemuda BN yang lain bila rakan mereka pemuda umno di hina dan di serang bergitu teruk sekali, apakah sudah hilang semangat setia kawan mereka? Tahniah kepada Pemuda GERAKAN Kedah kerana senada dengan Pemuda UMNO Kedah dalam isu Sultan Kedah. tapi mana perginya komponen pemuda BN yang lain? adakah mereka sudah menjadi bacul selepas berberapa wakil pemuda mereka tewas dal pilihanraya lalu? korang pikir la sendiri.

    Tahniah kepada 13 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor yang berani hampir membelasah Karpal dan anaknya di parlimen hari tu, di harap lepas ni pemuda UMNO akan lebih garang lagi untuk mempertahankan hak-hak dan maruah orang melayu dan juga institusi kedaulatan Raja-raja melayu, ingat lah seluruh umat melayu di malaysia ini akan tetap bersama-sama kamu, yang tak akan bersama adalah melayu pembangkang yang tak reti bahasa, atau lebih tepat lagi kita panggil mereka ini BANGSAT.

    ReplyDelete