Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan.
Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.
Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.
Tiga wakil rakyat bebas yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka juga dilarang menyertai sidang tersebut.
Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.
~Sidang tergempar dewan ini diberitakan tidak mendapat perkenan Sultan Perak dan kesemua ADUN BN akan memboikot sidang tersebut.
UmnoBagan.
UmnoBagan.
adakah ada persamaan sivakumar dan karpal dalam mencetus huru hara di negara kita?
ReplyDeletesemakin banyak diberi muka semakin kacau emosi negara kita.
waktu2 mencabar skrg ini perlu ditumpukan kpd usaha menguatkan ekonomi bukan menguatkan politik masing2.
rasa dah cukup utk kita biarkan mereka bermaharajalela dan skrg masa untuk polis menangkap mereka.
Salam Bro Pg5 cyber ...
ReplyDeleteBetul tu,negara menjadi harubiru dek kejahatan mereka2 ini. Lebih tepat sebagai parasit negara. Mungkin bila najid ditabalkan mnjdi PM kot mereka2 ini akan di ISA kan. Nampak hari ini seolah2 kerajaan terlalu bertolak ansur.
Karpal, Siva punyai niat yg sama mahu menyusahkan kerajaan. Dalam keadaan ekonomi tk menentu mereka sanggup buat apa sahaja semata2 bencikan melayu dinegara ini...
Kita tengok, polis tgh kumpul maklumat sdh tentu kerajaan tdk lepaskan pengkianat kpd negara ini..
Asalamualaikum dan salam perjuangan...
Terima Kasih atas kesudian PakMie melayari blog kami, UMNO Caw. Gombak Selatan.
ReplyDeletePerjuangan kita masih panjang. Insyaallah,kita akan teruskan.
Ikhlas dari,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU