Saturday, February 14, 2009

KUASA MELAYU : EKONOMI DAN POLITIK SEMAKIN GELAP

Pertanyaan dan andaian sering dibuat – mereka menjual hak Melayu, mereka mengikis hak Melayu dan masa depan Melayu semakin gelap. Persoalan dan andaian ini buat – oleh UMNO kepada Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat terhadap UMNO. Ini tidak lagi disertai oleh PAS dan pertubuhan Melayu yang menjadi entiti lahiriah wadah politik yang ada. Senario bantahan berbeza. Pakatan Rakyat mahu menyelamatkan Melayu dengan menghalang kepimpinan UMNO yang dikatakan korup mengaut keuntungan dari dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan dan UMNO hari ini mencabar kecurangan pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat yang dikatakan mengetepikan agenda Melayu dan melunaskan khususnya agenda DAP.

Tuduhan mengenai projek babi – pentadbiran Negeri Perak dan Pulau Pinang yang dihalakan kepada agenda Cina – tuduhan UMNO Putera - kegagalan DEB – keruntuhan pendidikan dan kerosakan moral sosial Melayu – kemiskinan – penggunaan Bahasa Inggeris untuk matematik dan Sains – kemasukan bangsa lain dalam UiTM – pembahagian kontrak yang tidak membantu Melayu – pembahagian kontrak yang disapu oleh kroni Melayu – Cina di belakang kontrak besar – rasuah – kuasa politik yang terlepas – kuasa ekonomi yang tidak berada pada Melayu – Wilayah Iskandar merugikan Melayu – Kampung Baru Kuala Lumpur, tidak kira apa tuduhan, tidak kira oleh siapa kepada siapa, tidak peduli dari parti mana ke parti mana tetapi ini hanya menampak satu perkara – masa gelap Melayu di Tanah Melayu.

i
ni menjadi amat ketara hari ini, dengan tuduhan berlawan dengan tuduhan, perlakuan berlawan dengan perlakuan sama ada untuk meraih undi Melayu mahu pun mahu meraih undi Cina dan kaum lain. Akhirnya Melayu masih tetap di situ dan kedudukan semakin terpecah dan terbelah.

Melayu jadi mangsa kerana Melayu tidak melihat pada Melayu tetapi melihat pada pakaian yang di pakai – sama ada Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR . Pakaian ini adalah konsentrasi perjuangan dan hakikat kaum Melayu itu sendiri tersungkur di sudut pembangunan dan kekayaan negara ini menjadi semakin satu realiti yang ada.

Langkah kita perlu tegas. Langkah kita perlu teguh. Melayu itu sendiri sepatutnya bangkit menentukan perjuangan dan bukan di sadur perjuangan dengan perjuangan politik – sama ada mempertahankan kuasa kepartian atau mencabar kuasa parti yang memerintah. Melayu dalam UMNO perlu bangun sekiranya tindakan tidak menjurus kepada perjuangan Melayu dan ini juga perlu berlaku pada parti lain seperti PKR dan PAS. Ini perlu dilakukan dan ini perlu kita pastikan dengan tepat.

Pertanyaan dan kefahaman kita mengenai apa yang sebenarnya Melayu mahu perlu ada. Adakah Melayu itu mahu dilihat sebagai pemegang kuasa politik sahaja atau mahu kedudukan kita meningkat terus dengan nilai dan keperibadian yang kukuh dan unggul melangkah kemodenan. Adakah kita mahu Melayu itu terus bersengketa dengan persengketaan itu hanya untuk mengoyak-goyak pakaian politik antara sesama tanpa mengira implikasi terhadap nasib kaum itu sendiri?

Adakah ini di namakan kemajuan untuk Melayu. Adakah serangan demi serangan dari Melayu kepada Melayu dapat meningkatkan pencapaian Melayu atau kita seharusnya mengetepikan soal perbalahan demi untuk Melayu. Satu yang penting adalah untuk Melayu bergabung untuk menentukan arah tuju tanpa jaket politik.

Langkah kita semakin pincang. Melayu semakin keliru – bila Melayu itu dipisahkan dengan pakaian politik mereka. Melayu terus menerus diserang – oleh Melayu yang mahu sesuatu dan oleh Melayu yang mempertahankan sesuatu – sedang hakikat tidak memperjuangkan Melayu. Maka masa depan Melayu terus gelap di Tanah Melayu.


Arahtuju.

No comments:

Post a Comment