Sunday, February 15, 2009

KERAJAAN UMNO BN PERAK , PUSAT DAN RAJA - RAJA MELAYU




1. Dalam ertikata sebenar isu pertukaran kerajaan dari Pakatan Rakyat kepada BN di Perak sudah pun selesai. Umno BN kini telah memerintah negeri Perak dibawah MB baru YB Zambry sudah dengan rasmi tidak perlu dipertingkai oleh mana-mana pehak lagi.

2. Pakatan Rakyat diketuai oleh MB Nizar masih menganggap kerajaannya yang sah sebaliknya beliau mengatakan Kerajaan Umno BN yang memerintah Perak hari ini adalah haram - Tiada tindakan susulan segera oleh pehak Kerajaan Pusat dalam mengatasi kemelut yang belaku setakat hari ini.

3. Akhibatnya seluruh rakyat, khasnya di Perak menjadi lebih keliru. Krisis dua pentadbiran kuasa kerajaan dalam satu negeri ini tidak diselesaikan dengan segera. Tidak sewajarnya berterusan hingga ke hari ini - Kerajaan perlu bertindak dengan tegas dan segera kerana menggelak dari implikasi lain yang lebih seriuos bakal terjadi selepas ini. Bermacam-macam cara demotrasi telah ditunjukkan ketidakpuashatian rakyat bagi mendesak kerajaan supaya bertindak segera keatas mereka-mereka yang terlibat.

4. Kerajaan Pusat seharusnya mengambil tindakan yang tegas dengan tidak melengah-lengahkan lagi mengambil tindakkan kepada vairus-vairus yang sudah jelas mahu memecahbelahkan sesama Islam, menghina intitusi raja-raja melayu, menganggugugat kestabilan negara, dan cuba meruntuhkan ekonomi negara dengan cara menakut-menakutkan pelaburan asing yang ingin melabur dalam negara, memperburukkan kerajaan BN yang memerintah negara pada ketika ini.

No comments:

Post a Comment