Thursday, February 19, 2009

DALAM LANSKAR BOGEL ELIZA BELUM BERAKHIR, SEMPAT LAGI SPEAKER SIVAKUMAR BUAT LAWAK!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, berkata tindakan speaker Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya dari menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan berkuatkuasa serta merta sebagai satu episod `komedi' yang tidak masuk akal dan berkelakuan mempersenda dewan berkenaan.

Pergolakan terbaru dalam kemelut politik Perak ini tercetus selepas speaker memutuskan bahawa Zambry dan enam exconya telah menghina DUN.

"Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu."

"Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini.

"Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri.

Bernama.

1 comment:

  1. Asalamualaikum...

    Ketemu kita digelanggang perjuangan menuntut kebenaran.

    Doa itu sy paste dlm blog, utk tatapan sy dan rakan bloggers.

    TQ fr bro Rantong...sudi juga layari blog ini.

    Salam perjuangan...Pakmie.blogspot.com

    ReplyDelete