Thursday, February 19, 2009

PAKATAN KLU KLEK , SATU PERAHU TIGA PENGAYUH

'DAP sokong saya saman Sultan Perak'

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh menyanggah kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau keseorangan berhubung isu untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana parti itu menyokong beliau sepenuhnya.

Karpal memberitahu, Jawatakuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat baru-baru ini telah menyatakan sokongan sepenuhnya kepada beliau berhubung perkara itu.

''Saya tidak keseorangan malahan seluruh DAP menyokong saya berkaitan perkara tersebut," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang menyifatkan Karpal kini bersendirian dalam tindakannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah.

Nik Aziz memberitahu, Karpal adalah orang tua, malah di kalangan orang muda dalam DAP sendiri tidak mempedulikan beliau lagi.

Mengulas lanjut, Karpal berkata, beliau gembira dengan penegasan yang dibuat oleh CEC DAP.


Keratan Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment