Tuesday, March 3, 2009

APABILA KERJA BODOH DILAKUKAN BERKALI-KALI MAKA AKAN JADILAH KERJA GILA



Sidang bawah pokok Undangan Negeri (BPUN) Batu dua butir telah meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Sidang kumpul kanak-kanak PASTI pun nak mengadap Tuanku Sultan.

Kita nak cadangkan kat Nizar, kamu mengadap aje ler KARPAL SINGH, SINGH IS THE KING, manusia yang beria-ia nak jadi Raja. Pastinya Raja Singh akan ikut telunjuk kamu.

Persidangan ini adalah illegal kerana semua peraturan DUN tidak dipatuhi. Soal perkenan sultan, soal notis mesyuarat, soal quorum, soal penggantungan, semuanya dilanggar.

Ini adalah macam aksi Sidang Parlimen Kanak-kanak yang pernah di pengerusikan oleh Pakcik Jamal Pendek ! Ingat tak ? - pinjam dari kata-kata Umno Bagan Pinang.

Perbuatan REGIM PAS ini pasti akan ditertawakan oleh anak-anak PASTI/ TADIKA yang pernah puak-puak BPUN ni kunci pintu suatu ketika dahulu di Perak, kini sudah dibalas oelh Allah mereka pula dikunci pintu maka bersidanglah dibawah pokok beringin. Hari ini dalam sejarah maka termaktublah ADUN ditukar dengan nama Ahli Bawah Pokok Undangan Negeri(ABPUN).

1 comment:

  1. nak tanyakan sikitla. betul ke tak dapat perkenan sultan. sapa yang baca titah sultan. masa bila. sory ye dua tiga hari ni saya bz. tak sempat nak up to date

    ReplyDelete