Dalam kenyataan pada 5 April 2008, Utusan Malaysia, Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah menyatakan "PAS jangan memasang angan-angan tinggi untuk menungjangi Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian pembentukan sebuah negara Islam". Apakah PAS masih lagi tidak faham bahasa warning Karpal ini? Lihat sahaja pada motto PAS sekarang, bukankah ianya sudah bertukar menjadi "PAS FOR ALL" bukan lagi "Membangun Bersama Islam".
Apakah ianya ditukar semata-mata untuk memenuhi permintaan Karpal dan DAP yang tidak mahu pada negara Islam? Atau PAS sudah terikut dengan rentak DAP. Hinggakan Hadi Hadi pun bila bercakap dalam Dewan Perhimpunan Cina sudah cakap "celaka" sama seperti apa yang diucapkan oleh Karpal Singh pada siang harinya di Parlimen. Bolehkah seorang yang bertaraf Tuan Guru ini berkata "celaka" dan dikatakan pula sebagai seorang pejuang bahasa Melayu?
AZRINIZAM IBRAHIM - Presiden GPMM
Ulasan...
- Darulehsan said...
kalau tak salah saya ucapan beliau berbunyi begini
"maaf kerana saya menggunakan perkataan celaka kerana saya rasa tidak ada perkataan lain yang lebih sesuai" maknanya beliau bukanlah hendak sangat menggunakan perkataan celaka itu, cuma beliau merasakan tiada perkataan lain yg lebih sesuai dalam isu PPSMI. sekurang-kurangnya cakap beliau berlapik juga.
namun terserah kepada anda untuk menilainya.- ONE said...
salam,
saya da biasa da dngr orang pas cakap celaka ke kafir ke bb ke..malas nk layan sebab rase nye x smua nya camtu..
semoga islam terus dipertahankan di malaysia- GOMO said...
SALAM BRO...
INI TUAN GURU APAKEJADAHNYA???
NI BUKAN TUAN GURU..
TAPI MAHAGURU CELAKA!!!
CELAKA HADI NI BILA MENGAJAR ORANG MEMAKI HAMUN!!!
CELAKA SUNGGUH HADI NI.- BRIGED MP SEGAMBUT said...
SANGGAHAN BUAT PPSMI
2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.
3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”
Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :
1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London
Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.
Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :
1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
2. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
3. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
4. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)
Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.
Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.
Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)
Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu selanjutnya.
Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim” oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan “Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed Aluwi Ba’aluwi (1899 M)
Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin” (1857 M), “Pengetahuan Bahasa” (1859 M), “Salasilah Melayu dan Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat Negeri Johor” dan “Kitab Pemimpin Johor”.
Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.
Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu (begitu juga hari ini).
Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.
Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.
Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.
Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.
Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.
Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.
kalau tak salah saya ucapan beliau berbunyi begini
ReplyDelete"maaf kerana saya menggunakan perkataan celaka kerana saya rasa tidak ada perkataan lain yang lebih sesuai" maknanya beliau bukanlah hendak sangat menggunakan perkataan celaka itu, cuma beliau merasakan tiada perkataan lain yg lebih sesuai dalam isu PPSMI. sekurang-kurangnya cakap beliau berlapik juga.
namun terserah kepada anda untuk menilainya.
salam,
ReplyDeletesaya da biasa da dngr orang pas cakap celaka ke kafir ke bb ke..malas nk layan sebab rase nye x smua nya camtu..
semoga islam terus dipertahankan di malaysia
SALAM BRO...
ReplyDeleteINI TUAN GURU APAKEJADAHNYA???
NI BUKAN TUAN GURU..
TAPI MAHAGURU CELAKA!!!
CELAKA HADI NI BILA MENGAJAR ORANG MEMAKI HAMUN!!!
CELAKA SUNGGUH HADI NI.
SANGGAHAN BUAT PPSMI
ReplyDelete2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.