Beliau berkata, cadangan itu yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penting bagi mengembalikan negara kepada keadaan aman dan tenteram.
"Apa yang dicadangkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah baik untuk negara dan saya yakin masalah yang dihadapi sekarang dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Takiyuddin berkata, Pas Kelantan pernah menyuarakan perkara itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 berdasarkan keinginan untuk melihat Kelantan terus maju.
"Bagaimanapun cadangan itu tidak mendapat reaksi UMNO sampai sekarang sekalipun apa yang dicadangkan itu untuk kebaikan rakyat. Kita tidak pernah tutup perbincangan," katanya seperti dipetik oleh Bernama.
Bagaimanapun kenyataan Takiyuddin itu bercanggah keputusan rasmi Pas Pusat yang menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dan BN untuk membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat atau negeri.
Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Kuala Lumpur pada 31 Julai lalu menegaskan, bagaimanapun rancangan Pas untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk UMNO demi kepentingan negara dan ummah, akan tetap diteruskan.
Mesyuarat itu dihadiri 50 pemimpin Pas termasuk ahli Majlis Syura Ulama yang diketuai oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Keputusan itu adalah reaksi kepada tawaran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan baru di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.
Utusan Online.
Ulasan...
- Darulehsan said...
diharapkan kepada semua penyokong pas dan umno serta umat islam dapatlah kiranya membezakan diantara muzakarah dan muqabalah.
isu ini kerajaan campuran ini telah pun mendapat reaksi golongan muda di dalam pas serta nik aziz sendiri supaya jangan terperangkap untuk kali kedua setelah ditendang keluar dari umno suatu masa dulu.
walau bagaimana perbezaan pandangan itu adalah bagus.
diharapkan kepada semua penyokong pas dan umno serta umat islam dapatlah kiranya membezakan diantara muzakarah dan muqabalah.
ReplyDeleteisu ini kerajaan campuran ini telah pun mendapat reaksi golongan muda di dalam pas serta nik aziz sendiri supaya jangan terperangkap untuk kali kedua setelah ditendang keluar dari umno suatu masa dulu.
walau bagaimana perbezaan pandangan itu adalah bagus.