Sebaliknya dalam masa yang sama para EXCO mereka sibuk memperkayakan diri jadi jutawan segera apabila tender-tender balak diberikan secara terbuka di kalangan mereka.
Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram dan diikuti pula dengan amanat Haji Hadi Awang pada April 1981 menyatakan sesiapa di kalangan pengikut Pas yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid.
Pas juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif 1999.
Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 15 April 1995 bahawa tokoh-tokoh agama UMNO sama dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani, yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengisytiharkan perang Badar terhadap UMNO pada pilihan raya umum 1995.
Pada 24 Januari 1999, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka bahawa Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk Dap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah dengan syaitan sekalipun dia terima berkawan.
Sebaik sahaja memegang memegang tampuk pemerintahan negeri Terengganu pada pilihan raya umum 1999, Datuk Seri Haji Hadi mempersendakan hudud Allah dengan mengatakan pelaksanaan hukum hudud melalui proses yang panjang apabila, katanya:
“Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam.”
Pada tahun 1999, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup menghina Allah mengatakan Allah memaki, mencemuh dan mencarut semata-mata kerana hendak membela seorang ahli Pas yang menulis buku berjudul ‘Shit’.
“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat.
“Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan carut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam.” Semua ini merupakan contoh bagaimana pemimpin-pemimpin Pas membuat sesuatu hukum hanya semata-mata kepentingan kuasa dan politik mereka.
Natijahnya, sehingga kini pengikut dan penyokong Pas masih lagi taksub berpegang kepada kata-kata pemimpin mereka.
Kebijaksanaan - dengan cara mempermainkan islam dan tidak takut kepada dosa inilah menjadikan mereka berjaya memerintah kelatan sampai kehari ini. Nik Aziz jaga Kelantan dengan menhidupkan ceramah takkira waktu dan ketika semata mencari pengaruh, pecahbelahkan orang melayu dengan cara kononya berdakwah disepanjang pemerintahannya.
Nik Aziz pernah berkata - dengan syaitan pun boleh kerjasama semata-mata mahu berkerjasama dgn DAP bagi melebar pengaruhnya ke atas negeri2 lain di negera ini. Terbukti dalam PRU12 pas dengan rela hati berkerja dan memberi undi kepada DAP di Pulau Pinang, perak dan Selangor yang menyebabkan 5 negeri dibawah kuasaan UmnoBN itu jatuh kepada DAP/PAS /PKR. Dalam soal ini Pas tidak akan tenggelam, dalam bab2 perbodohkan org melayu dan memecahkan islam pas adalah juara. Sebab itu adalah sudah menjadi amalan pas dari dahulu lagi dan terbukti Pas memerintah kelantan lebih 20th walaupun pas itu tidak membuat apa-apa kemajuan untok rakyat Kelantan.
Satu lagi contohnya kalau kita tengok di Pulau Pinang hari ini Pas tdk kesah keatas Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang DAP. Mereka cuba meletakkan Islam itu sama taraf dengan agama-agama lain- pemimpin pas diam membisu. Pas penting kepada dalam mencari pengaruh walaupun jelas DAP cuba mempersedakan islam. Di Selagor Pas sentiasa menyokong segala tidakan dari DAP dan PKR walaupun secara jelas kesalahan disisi Islam seperti ternakan Babi besar-besaran diluluskan, keluasan tapak pembinaan kuil-kuil, tindakan kurang ajar DAP menghina suara azan dan sebagainya.
Kini Pas sudah secara jelas dan sehaluan dengan tindakan DAP dan PKR dan usaha Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Kaum melayu dihina, ketuanan melayu dicabar, raja-raja melayu dihina seperti apa yang berlaku di Perak hari ini. Pas berusaha mejatuhkan kerajaan UmnoBN dengan menggunakan tektik yang sama Pas lakukan keatas negeri Kelantan. Di Kalangan kaum melayu Pas mempergunakan agama Islam dengan meletakkan parti pas adalah perjuangan islam sebenar. Sebaliknya di kalangan kaum lain di negara ini pas sentiasa memberi sokongan walaupun islam dihina, raja-raja melayu dihina. seperti apa yang kita dapat saksikan dengan jelas menyokong tindakan karpal menyaman Sultan Perak dan NiK Aziz sendiri bersetuju perkataan Allah disamakan dengan Tuhan dengan mengikut kehendak keristian dan Nik Aziz juga mempertahankan wakil rakyat PKR di Selangor yang bersabit dengan aksi photo bogel yang menyelerakan mata Helmi.
Kalau Anwar sebesar-besar pembohongannya adalah isu 916, manakala Nik Aziz pula bertindak sebagai akitek dalam pemecahan umat Islam di Negara ini - dalam usaha pakatan mahu menghancurkan UMNOBN!
Ulasan...
- ONE said...
salam,
PAS sudah terlalu byk buat silap sebagaimana parti2 politik yang lain..cuma masalahnya kesilapan mereka banyak melibatkan agama..
Biarlah Allah yang menentukannya..semoga rakyat terus bersatu padu..- PaKMie said...
Salam One dan kwn2...
Cuba kita renong dgn mata hati...siapa Pas dan siapa PKR sebenarnya disisi agama islam?
Kalau kita bercakapa dalam kontak bangsa kita kurang jelas, tetapi dlm kontak agama islam sdh jelas Pas dan PKR mahu memecahbelahkan islam demi pada kuasa politik...
Asalamualaikum dan salam sejastera..- megat said...
Pakmie,
PAS katanya memperjuangkan ISLAM, tetapi akhlak pemimpin & penyokong tidak mencermin kan ISLAM,di mana contoh yang baik yg mampu membuka mata golongan bukan PAS,dari segi luaran hanya berpakaian jenama ISLAM,dalaman nya penuh dengan penyakit hati.Hati adalah kerajaan bagi anggota badan,rosak hati rosak anggota badan.segala perbuatan dan amalan rosak akibat hati yg tidak elok,akhirnya menjadi perbuatan yang sia sia.
dalam artikel Pakmie,banyak tanda tanda ulamak akhir zaman.
kalau yang nampak dan jelas syukur lah, kalau yang masih kabur harap di beri petunjuk.
salam,
ReplyDeletePAS sudah terlalu byk buat silap sebagaimana parti2 politik yang lain..cuma masalahnya kesilapan mereka banyak melibatkan agama..
Biarlah Allah yang menentukannya..semoga rakyat terus bersatu padu..
Salam One dan kwn2...
ReplyDeleteCuba kita renong dgn mata hati...siapa Pas dan siapa PKR sebenarnya disisi agama islam?
Kalau kita bercakapa dalam kontak bangsa kita kurang jelas, tetapi dlm kontak agama islam sdh jelas Pas dan PKR mahu memecahbelahkan islam demi pada kuasa politik...
Asalamualaikum dan salam sejastera..
Pakmie,
ReplyDeletePAS katanya memperjuangkan ISLAM,tetapi akhlak pemimpin & penyokong tidak mencermin kan ISLAM,di mana contoh yang baik yg mampu membuka mata golongan bukan PAS,dari segi luaran hanya berpakaian jenama ISLAM,dalaman nya penuh dengan penyakit hati.
Hati adalah kerajaan bagi anggota badan,rosak hati rosak anggota badan.segala perbuatan dan amalan rosak akibat hati yg tidak elok,akhirnya menjadi perbuatan yang sia sia.
dalam artikel Pakmie,banyak tanda tanda ulamak akhir zaman.
kalau yang nampak dan jelas syukur lah,kalau yang masih kabur harap di beri petunjuk.