INI ADALAH SATU ANALISIS SECARA PERATUSAN MENGIKUT KAUM. KAUM CINA HANYA BAGI 15% UNDI UNTUK BN DAN PAS PULA MENDAPAT 85% UNDI CINA. JIKA DIBANDING TAHUN 2008 UNDI CINA PADA BN ADALAH 30% DAN PAS DAPAT 70%. MANAKALA UNDI KAUM INDIA TIDAK BERUBAH SAMA SEPERTI TAHUN 2008.
APA PUN UNDI MELAYU UNTUK BN TELAH MENINGKAT DARI 14,500 TAHUN 2008 DULU KEPADA 17,000 PADA KALI INI. MANAKALA PAS HANYA MENDAPAT 10,000 UNDI MELAYU KALI INI BERBANDING 11,500 PADA TAHUN 2008.
WALAU PUN KALAH INI TIDAKLAH MELAMBANG KEKALAHAN SEBENAR UMNO. NAMUN KITA TETAP TERIMA KEKALAHAN INI DENGAN BAIK. KITA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI YANG KELUAR BAGI MENGUNDI UMNOBN DAN KITA JUGA TURUT BERASA BANGGA DENGAN PENINGKATAN JUMLAH UNDI KAUM MELAYU UNTUK UMNOBN PADA KALI INI.
JIKA KITA LIHAT DARI PERATUSAN INI GAMBARAN SUDAH BEGITU JELAS KEPADA KAUM MELAYU BAHAWA KEDUDUKKAN SEBENAR PEMERINTAHAN INI TIDAK BERADA DITANGAN KAUM MELAYU SAHAJA. JIKA PERPECAHAN KAUM MELAYU MELEBIHI 15% TIDAK MEMIHAK KEPADA UMNO BERMAKNA NEGARA INI SUATU MASA NANTI SUDAH TENTU DIPERINTAH OLEH DAP. DALAM KEADAAN UMNO MASIH LAGI KUKUH DAN DIBAWAH PIMPINAN KERAJAAN UMNO MASIH LAGI STABIL KAUM LAIN YANG ADA DINEGARA INI MASIH LAGI PERATUSANNYA TINGGI MELEBIHI 80% TIDAK MENYOKONG UMNOBN(STATISTIK PRK BKT GANTANG). PERKARA INI TIDAK MUSTAHIL JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BAIK DAN SEGERA OLEH KERAJAAN PADA HARI INI, NEGARA INI AKAN BERTUKAR KEPADA PEMERINTAHAN BARU SELEWAT-LEWATNYA PUN 15TAHUN DARI SEKARANG. APATAH LAGI JIKA IANYA DIBIARKAN SEMAKIN TERUK TANPA TINDAKAN YANG SERIOUS, KERAJAAN HENDAKLAH MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS LAGI KEATAS MANA-MANA PEHAK YANG CUBA MENCABAR KAUM MELAYU/ISLAM DAN KERAJAAN DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA.
Fikir-fikirkan lah - bersambong.
Ulasan...

- mimpi916 said...
Di Batang = BN bagi pembangunan/ PKR xbagi apa2 lg.. jadi BN menang
Di Bukit Gantang = PAS dah bagi tanah, jadi kalau DAP undi pas, dapat tanah, undi BN tak dapat apa2.. Pembangunan dah ada..PAS menang pun, kerajaan tetap salur pembangunan juga.. jadi isu pembangunan tidak timbul.
Di Bkt Selambau = Kalau BN menang, jadi ADUN aje.. kalau PKR menang, jadi ADUN + Exco.. jadi ada baiknya pilih PKR sebab 'best'..kita dapat Exco. Eh..cam rasuah jawatan lak..
(Hanya pandangan saya aja)
Di Batang = BN bagi pembangunan/ PKR xbagi apa2 lg.. jadi BN menang
ReplyDeleteDi Bukit Gantang = PAS dah bagi tanah, jadi kalau DAP undi pas, dapat tanah, undi BN tak dapat apa2.. Pembangunan dah ada..PAS menang pun, kerajaan tetap salur pembangunan juga.. jadi isu pembangunan tidak timbul.
Di Bkt Selambau = Kalau BN menang, jadi ADUN aje.. kalau PKR menang, jadi ADUN + Exco.. jadi ada baiknya pilih PKR sebab 'best'..kita dapat Exco. Eh..cam rasuah jawatan lak..
(Hanya pandangan saya aja)
di batang BN bagi pembangunan UMNO tak bagi pape... umno 3 kali kalah... permatang+KTerengganu+BGantang... UMNO bagi MAMAK RAMPAS PERAK ADA le...
ReplyDeleteSurat Tok Guru
Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
Posted by Skuad Dun Batu Caves
Sumber - blogtokguru
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS