Seperti juga dalam actikel analisis PaKMie dlm blog ini di saat akhir PRK Kuala Terengganu tempuhari ada benarnya dimana Pas dapat mengalahkan UMNOBN. Kali ini di ketiga-tiga PRK analisis PaKMie juga ada benarnya. Dalam actikel bertajuk "BTG DAH MENANG BKT MACAMANA- bertarikh 2 april dlm blog ini semalam sudah terjawab!!!
|
|
Barisan Nasional (BN) kekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak.
Pakatan pembangkang pertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.
Keputusan status quo sama seperti kedudukan dalam pilihan raya umum lalu.
Semua calon Bebas hilang wang pertaruhan.
PaKMie : Ramai pengundi bukan Melayu Bukit Gantang dan Bukit Selambau sokong pembangkang.
Sekali lagi undi kaum Cina sebagai penentu kemenangan telah diberikan undi itu secara "SOLID" kepada pembangkang... bukan sekali malah sudah banyak kali kaum cina mengkhianati BN... nampaknya kaum cina belum nampak atau menerima pengajaran lagi...walaupn kaum melayu sudah mulai berubah dan sedar menampakkan penambahan undi majoriti kaum melayu berbanding dengan PRU12 keatas UmnoBN namun kawasan majoriti kaum lain khasnya cina dengan jelas lebih memihak kepada pembangkang. Pas dengan gembira menyambut suasana ini...syabas kepada kemenangan PAS. Bukan setakat Pas berjaya dalam pilihan raya itu sahaja, Pas juga berjaya memecah umat islam d negara ini. Apa pun perangkap DAP sudah mengena.
- Akan PaKMie cuba paparkan dalam actikel seterusnya analisis kekalahan UMNOBN disetiap kali PRK diadakan semenjak akhir-akhir ini, tunggu!
"...Bukan setakat Pas berjaya dalam pilihan raya itu sahaja, Pas juga berjaya memecah umat islam d negara ini. Apa pun perangkap DAP sudah mengena..."
ReplyDeleteUMNO yang kalah, PAS dan DAP yang salah.
Perspektif begini jika berterusan dikalangan orang UMNO dan penyokongnya, akan terus membawa UMNO kearah jalan mati. Sekiranya UMNO mahu maju, orang UMNO dan penyokongnya mesti mengenalpasti kesalahan dalaman parti sendiri dan membawa perubahan.
Menyalahkan PAS dan DAP adalah jalan ringkas untuk menjelaskan kekalahan UMNO. Namun ianya tidak akan mengubah cara PAS dan DAP. Mereka akan terus dengan usaha mereka untuk menguasai politik Malaysia.
Menjerit melaunglah orang UMNO bahawa mereka salah itu dan ini, mereka buat juga. Kita memang sebenarnya sukar untuk mengubah cara orang lain. Apatah lagi mengubah supaya orang mengikut cara kita.
Cara orang lain bukan dalam bidang kuasa kita. Kita boleh ubah apa yang ada dalam bidang kuasa kita. Kalau orang UMNO nak kembali menang, orang UMNO sendiri mesti melakukan apa yang dikehendaki oleh rakyat. Cara orang UMNO mesti menang. Lebih baik dari cara parti lawan, tidak kira siapa mereka.
Sekiranya orang UMNO terus menerus hanya menghentam pihak lawan tetapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka jadilah orang UMNO seperti seorang penoreh getah yang mengharapkan susu kacang soya keluar dari hasil torehannya.
Kita mesti melakukan sesuatu yang lain untuk mendapatkan hasil yang berbeza. Berbuat perkara yang sama tetapi mengharapkan hasil berbeza adalah seperti penoreh getah yang disebutkan.