Sunday, May 31, 2009

PENANTI : MEMBUKTIKAN PKR DIAMBANG KEJATUHAN

PRK PENANTI ADAKAH IANYA BERULANG LAGI?

Analisis sebelum pengundian dijalankan oleh PKR, Dr Mansor Othman dijangka akan mendapat kemenangan besar pada pilihan raya kali ini dan dijangka majoritinya melebihi 7,345 undi. Perkiraan ini dibuat berdasarkan sokongan pengundi tegar PKR kepada Muhammad Fairus dalam pilihanraya yang lepas.Muhammad Fairus mendapat majoriti 2,218 undi mengalahkan calon Umno yang hanya mendapat 5,127 undi.

Tetapi apa yang berlaku dalam pilihanraya hari ini calon PKR, Mansor Othman hanya mendapat 6,052 undi sahaja. Dr Mansor memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi majoriti 5,558 undi. Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Selepas sahaja proses pembuangan undi tamat, maka terciptalah satu sejarah dalam proses pilihan raya kali ini, dimana tercatat dalam rekod peratusan paling rendah keluar mengundi 46.15% sahaja.

Jumlah undi yang diperolehi oleh Ds Mansor sudah tentu tidak menggembirakan hati Anwar. Selain dari peratusan keluar mengundi paling rendah, keputusan pada pilihan raya ini juga menunjukkan PKR di ambang kejatuhan. Sokongan kumpulan tegar PKR telah berkurangan berbanding dengan pilihan raya yang lepas.

DUN Penanti adalah terletak dalam Palimen Permatang Pauh merupakkan kawasan kubu kuat PKR sebelum ini. Bermula dari awal proses pilihanaya, gerakkan ceramah dan seterusnya semasa pembuangan undi berjalan dengan jumlah keluar mengundi yang rendah boleh melambangkan mesej rakyat kepada kerajaan bahawa UMNOBN tetap utuh dan masih lagi releven. Jika peratusan keluar mengundi melebihi 82% dan jika UMNO bertanding dengan meletakkan calon yang sesuai dengan gerakan yang padu, sudah tentu Umno dapat mengalahkan calon PKR di DUN Penanti kali ini. Tetapi di sebalik UmnoBN tidak menyertai pilihanraya ini maka bolehlah Kerajaan membuat analisis atau kajian. Maklumat-maklumat ini akan diguna pakai untuk mengekang tidakan licik Anwar dikemudian hari.



No comments:

Post a Comment