Cerita Yang Berlaku di Sebalik Studio TV9.
Penakut kerana bodoh...
Dipetik dari blog MSO.
SEBANGKIT dari tidur sore, saya menerima call dari dua orang yang berada di studio TV9 di Seri Pentas malam tadi yang mengikuti dan terlibat secara langsung dengan rancangan Hujah.
Kedua pemanggil itu menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Mereka mungkin merasakan perlu memberi gambaran keadaan sebenarnya memandangkan apa yang saya tulis dalam blog itu tidak memberi latar yang berlaku di studio malam tadi. Laporan mereka itu melengkapkan insiden 'lawak bodoh' yang berlaku malam semalam.
Menurut pemanggil pertama, Husam bin Musa memang hadir di studio malam tadi. Dia masuk dalam studio dan sempat bersalam dengan Ezam Mohd Noor. Kehadiran Husam itu menggembirakan pihak penerbit kerana mengira dia akan menyertai rancangan itu.
Bagaimana pun apa yang berlaku sebaliknya, dia enggan berhujah dengan Ezam Mohamad Noor yang mengganti tempat Zahid dan mahukan kepada Zahid juga.
Kata pemanggil itu Husam enggan berhujah dengan Ezam kerana Ezam tidak setanding dan setaraf dengannya. Apa yang beliau hairan ialah kenapa beliau enggan berhadapan dengan Ezam... tetapi datang ke studio. "Ini yang memelikkan dan membingungkan,” katanya.
"Apakah dia nak tunjuk yang dia berani?" soal pemanggil itu lagi.
Anihnya dia kata dia bersedia untuk berhujah dengan Ezam, sebab itu kita buat persediaan. Dan promo mengenai rancangan ini dibuat sebanyak 10 kali di tv3 di mana panelnya dia dengan Ezam. Jadi kata pemanggil itu tidak timbul kalau hal itu dia tidak tahu. Bohong...
Lagipun menurut pemanggil itu lagi dia (Husam) sendiri sudah hantar surat kepada Zahid agar datang dan memberi tempoh hingga pukul 7:35 malam. Apabila Zahid tidak respon bermakna Zahid tidak mahu hadir, jadi tidak payahlah beliau hadir kalau setakat hendak menunjukkan keberanian tetapi penakut untuk masuk gelanggang.
Menurut pemanggil itu lagi apa yang ganjil dan anihnya Husam datang membawa Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Yunus dan minta agar Nazree berhujah dengan Zahid. Dia buat TV9 macam TvPas sahaja boleh ubah prgoram ikut suka hati. "Apakah dia benar-benar profesional ke?" tanya pemanggil itu.
Katanya dia kesian kepada Nazree datang dengan mengempit diari untuk berhujah tetapi dimainkan Husam. Dia cuba nak dijadikan bidan terjun oleh Husam. Mungkin tujuannya nak malukan Ezam kerana Nazree adalah anak buah Ezam sendiri.
Apabila strateginya itu tidak menjadi dia tinggalkan Nazree begtu saja, tanpa dipedulikan, kata pemanggil itu.
Pemanggil itu menyimpulkan dan simpulan ini tentulah kurang menyenangkan; katanya dengan sikap ditunjukkan Husam itu menyebabkan Pas juga tercemar. Orang akan mula menilai apakah begitu rupanya pemimpin parti Islam.
"Kalau saya menjadi ahli Pas saya tidak akan memberi laluan kepada Husam dia tidak layak untuk jadi pemimpin dan perangainya lebih teruk dari budak-budak," kata pemanggil itu.
Apapun pemanggil itu memberi ucapan tahniah dan syabas kepada Ezam dan Muhammad Agus Yusuf kerana dapat meneruskan juga rancangan hujah malam tadi walaupun ianya seperti mahu disabotajkan oleh Husam. Sedikit sebanyak rancangan Hujah yang berwibawa sebelum ini terjejas imejnya dengan politik murahan orang baju petak-petak merah ini.
Macam-macam putar belit pembangkang untuk menegakkan benang basahnya dengan mengatakan Perak masih lagi dalam pemerintahan MB Nizar yang sah. Pada awal kejatuhan kerajaan Nizar dapat kita menyaksikan kerja-kerja yang teramat bodoh dilakukkan oleh penyokong fanatik pas. Sehingga tidak terfikir dek akal kerja-kerja yang dilakukkan bagi cuba menghalang laluan masuk ke Istana Kuala Kangsar tempuhari ke majlis mengangkat sumpah Ds Zambry sebagai MB Perak di cemari dengan beberapa kejadiaan "singkatnya akal cara orang melayu bawahan mempertahankan pemimpin-peminpin atasan mereka".
Rakyat bawahan ditipu sewenang-wenangnya itulah yang menyebabkan peristiwa seperti itu boleh berlaku.Kerja-kerja seperti itu bukan kerja pengikut ajaran Islam yang sebenar. Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya dengan penuh kesabaran walaupun baginda dihina, dibaling dengan batu diejek dalam menengakkan Islam agama yang suci. Inikan pula cuma kerajaan mahu menegakkan keadilan untuk menentukan siapa pemerintah sebenar, diguna dicanang habis-habisan bagi memburukkan kerjaaan semata-mata memuaskan hati beberapa golongan tertentu yang berkepentingan kepada kuasa. Hakikat sebenar tidak diperjelaskan dengan baik.
Peringkata awal Nizar cuba menggunakan 100% rakyat Perak bagi mempertahankan jawatan MB mereka. Diatas kekeliruan dari kebanyakan rakyat itu diambil kesempatan dengan baik oleh "geng Nizar" seolah-olah di Perak masa itu dipenuhi dengan pengganas-pengganas, melaung-laung sambil berarak situ sini sehingga Sultan Perak sendiri pun "disembah derhaka" oleh Nizar...
Itu adalah langkah pertama Nizar...bila rakyat sudah beransur faham hal yang sebenar, Nizar dan gengnya cuba mengalih perhatian rakyat kearah simpati kepada beliau. Mengatakan kepada kerajaan Umno zalim merampas kuasa Perak dengan rakus. Siapa yang rakus ? siapa sebenarnya 3 ADUN yang menyokong BN Nasional itu? tidakkkah sebelum ini ketiga-tiga ADUN itu sudah memberi amaran kepada Nizar dalam mesyuarat exconya? Corak pentadbiran Nizar lebih memehak kepada tuntutan DAP dalam segala hal, bermula ketidakpuashatian disinilah menyebabkan BN dapat mengusai Perak kembali.
Allah SWT maha kaya satu persatu Allah mengaggalkan usaha jahat beliau. Keputusan saman Nizar terhadap MB Zambry sudah diputuskan oleh Mahkamah.DS Zambry adalah MB yang sah di Perak.
Geng Nizar tiada jalan lain lagi kecuali cuba kembali kepada perancangan asalnya. Kini Nizar cuba menggunakan pemimpin-pemimpin tempatan semasa pemerintahannya. Penghulu-penghulu yang dilucutkan jawatan bertindak menyaman MB DS Zambry. Makanya Nizar cuba menggunakan beberapa "talihayatnya" tetapi ternayata tidak berjaya dan sekarang Nizar dan gengnya sudah merasa bahang kepanasan diatas angkara yang mereka lakukkan itu.
Apa yang masih lagi sayup-sayup kedengaran lagi sekarang adalah "Pembubaran DUN". Siapa yang berhak pembubaran DUN? Apabila Nizar memulangkan balik kereta "camrynya" makanya tersedar lah ia dari lamunan indahnya selama ini hanya kosong belaka.
DUN Perak tidak perlu dibubarkan, kita sudah ada MB yang sah.
Berani kerana bijak...
Imbas kembali keputusan PRU12.
DUN Perak
BN 28, Pas 6, DAP18, PKR7, Bebas...0.
Sekarang.
BN 28 + 3 (menyokong BN) = 31
PR 6+17+5 = 28
Pembangkang mahu memperbodohkan BN dengan bertindak mendesak supaya BN membubarkan DUN Perak. Barisan kepimpinan BN yang di ketuai oleh DS Najib Perdana Menteri hanya sekadar menyambong "sistem berpelembagaan dan kerjaan demokrasi di negara ini" Buat apa BN mahu membubarkan DUN? bodoh sangatkah BN? Kalau di kira kerajaan Perak dibawah MB Zambry lagi hebat kalau negeri-negeri lain di negara ini perlatikan MB hanya dilantik oleh Sultan tanpa persetujan mahkamah tetapi di Perak bukan setakat Sultan mengesahkan mahkamah pun turut mengesahkan perlantikan DS Zambry selaku MB.
Tiada istilah "BN takut untuk bubar DUN". Kerajaan UMNOBN dibawah MB Zambry tidak gila lagi buat apa bubar DUN. Kalau kerajaan sendiri tidak mengikut sistem demokrasi, tidak bertindak dengan bijak dan akur dengan kehendak Pembangkang makanya akan memberi mesej yang tidak baik kepada rakyat dan negara ini.
Kenangan manis bersama MU 16 sept...
"Ketika isu lompat parti wakil rakyat BN ke PR dalam projek yang gagal dilaksanakan Anwar 16 Sept lalu, PR mengatakan bahawa yang menentukan hala tuju politik negara ialah 222 ahli Parlimen yang mana lebih tepat lagi 31 wakil rakyat BN yang melompat partilah yang akan menukar tampuk pemerintahan Malaysia disebabkan PR mendapat sokongan majoriti di Parlimen BUKAN RAKYAT".
"Tidak semestinya yang melompat parti itu menyertai PR, cukup hanya mereka memberikan sokongan di dalam Parlimen yang akan membuatkan PR mendapat sokongan majoriti. Maknanya mereka boleh tetap di dalam BN tetapi memberikan sokongan kepada PR. Tidak perlu bubar Parlimen".
"Perlu mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong untuk memastikan peralihan kuasa licin dan sempurna".
"Kerajaan dan PM yang bakal mengambilalih kuasa pemerintahan adalah kerajaan dan PM yang sah disisi undang-undang".
PaKMie : Mana bijak Najib dengan Anwar? Apabila Husam takut kepada Ezam...Anwar pula forbia kepada Najib...Nik Aziz dan Nizar entah apa-apa makanya UMNOBN semakin mantap!.
Sd.Malaysia.
Orang melayu kena ambil contoh di negeri Perak.
ReplyDeleteSemasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Semua jawatan penting cina pegang.
Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)
Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.
Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.
Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.
Salam...
ReplyDeleteBenar kata-kata Bah Lentok...
Tq atas penjelasan, salam perjuangan...dari Pakmie.