Friday, May 29, 2009

MANIK URAI : PAS SUDAH MASUK PERANGKAP SENDIRI

NIK AZIZ MENGURIS HATI ORANG MELAYU DENGAN MEMBENARKAN CHING PENG PULANG

SPR menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan pada 6 Julai ini manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, proses penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. sebanyak sembilan buah sekolah akan dijadikan pusat mengundi yang melibatkan 27 saluran. Pengundian di kawasan DUN itu membabitkan seramai 12,293 pemilih berdaftar iaitu 12,268 pemilih biasa manakala 25 lagi adalah pemilih pos.

''Pilihan raya kecil N41 itu akan mengguna pakai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskinikan sehingga 22 Mei lalu.

''Majoriti pengundi adalah penduduk tempatan, hanya 10 peratus sahaja yang tinggal di luar daripada kawasan itu.

Fatwa-fatwa Nik Aziz boleh dipilih untuk digunapakai semasa pilihanraya dan inilah menyebabkan Pas bebas bersuara.

Adakah Pas menang di N41 Manik Urai? jika mahu menang, Pas terpaksa memilih Fatwa Nik Aziz yang sesuai sebab peratus mengikut angka Cina hanya 0.4% India 0.2% Melayu 99.3% lain-lain 0.1%.

Mungkian tidak berapa revelen beberapa fatwa Nik Aziz itu diguna pakai di Manik Urai sebab peratusan kaum kapirnya amat kurang dan ini boleh menjeratkan parti itu sendiri apabila berdepan dengan peratusan pengundi melayu yang ramai.

Allah juga turut mencarut dan Tuan Guru membenarkannya. Memaki hamun dan mencarut terutama dalam ceramah agama untuk jihad kita dan menggunakan rumah Allah seperti masjid atau surau adalah diharuskan. Fatwa ini dijangka akan meletup hebat berbanding dengan fatwa-fatwa lain.

Berkawan dengan puak2 UMNO lebih baik kita berkawan dengan orang kafir harbi yang jelas nak menjatuhkan ISLAM dan Syaitan juga boleh menjadi sahabat kita kalau kita terkepik. Berbogel didalam rumah kesorangan tidak menjadi satu kesalahan dan dibolehkan kalau kita tidak malu kepada malaikat. Kalau di Manik Urai ramai orang suka berbogel menepati kehendak kata-kata Nik Aziz itu beruntong lah pemimpin Pas sebab sudah tentu mereka-mereka itu akan menyokong Nik Aziz dan seterusnya mengundi Pas. Adakah ramai pengundi di Manik Urai berperangai seperti Eliza? ini lah yang sangat-sangat membimbangkan Pas.

Penggunaan ayat Allah oleh Kristian dibolehkan tidak menjadi satu kesalahan kepada mereka. Kerana merujuk kepada tuhan mereka. Allah kita adalah untuk kita dan Allah dia untuk dia sahaja. Adalah dibenarkan jika orang KAFIR menggunakan ayat2 AL-QURAN untuk tujuan ceramah mereka dan menguntungkan pihak kita. Fatwa ini sangat memeningkan Pas sebab fatwa ini sesuai diguna di negeri-negeri lain selain Kelantan.. Nik Aziz juga berkata tidak menjadi kesalahan jika menjamu ahli kita untuk mendapatkan tempat dalam politik dan memberikan baju dan sebagainya kerana ia adalah HADIAH dari kita untuk penyokong kita yang kita sayangi. Ini bukan disebut sebagai RASUAH @ POLITIK WANG. Dahulu Nik Aziz berkata "Orang beri kita ambil, tetapi memangkah atau mengundi beliau jangan.. beri gula kacau, beri kain pakai..."

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan yang mengusulkan supaya membawa balik bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini. walaupun Kerajaan belum membuat keputusan lagi. Komen seorang penyokong dan pengundi Pas tentang isu ini memberi tahu Pakmie berbunyi ..." Tuan guru pun semakin terpesong selalu sgt memenang kan mereka ni...jgnla akibat nak berpolitik nasib kami org2 melayu makin tersepit dan di pijak2...ada ker patut nak bawak masuk Chin Peng balik..aduh apa dah jadi ni wahai tok-tok guru ku yang dihormati jgn terlampau membela mereka..."

Saya agak sedih kebelakangan ini melihat tok-tok guru yang terlalu terdesak mahukan sokongan dari cina sampai sanggup buat kenyataan menguris hati ahli melayu pas sendiri...

Kesimpulannya sekarang adakah Pas masih releven lagi pada rakyat Kelantan, khasnya di PRK Manik Urai 14hb Julai nanti? Jika Umno dapat mengatasi Pas dalam pilihanraya ini, bermakna ada tanda-tanda perubahan akan berlaku dalam PRU13. Pas terkena perangkap yang dipasang oleh Nik Aziz, Pas terkena perangkap yang dipasang oleh Husam Musa sendiri dan apabila kedua-duanya terperangkap, makanya selepas itu pula Pas akan terjatuh kedalam telaga yang amat dalam yang digali oleh Anwar sendiri berkaitan dengan kes liwatnya bersama Saiful 1 julai nanti...

Kebanyakan penyokong Pas yang Pakmie temuai di Manik Urai rata-rata mengatakan Pas sekarang tidak seperti Pas dulu-dulu. Tinggal lagi Umno mahu menang atau mahu kalah dalam PRK itu nanti.

5 comments:

  1. Salam...

    Hehe dh layari....

    Betul laa....tepat dn jitu..

    ReplyDelete
  2. salam,...minta tuan blog follow blog saya
    www.sd-malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kompem PAS boleh menang..banyak isu yang boleh dimainkan...terbaru kes stadium sultan mizan zainal abidin...
    Ahmad Said ckp kontraktor yang dipilih tue cap ayam...kerajaan yang pilih kontraktor tue pon cap ayam jugak ke bang?

    ReplyDelete
  4. pasal kes Allah tue abg bace x kisah Saidina Umar peluk Islam macam mana?
    Saya umur baru 22 tahun...tp dlm kes nie saya rasa saya lagi arif dari abang...abang lupakah yang Allah adalah Tuhan bagi seluruh alam semesta?dari sekecil-kecil zarang hingga ke sebesar-besar makhluk?

    saya tgk blogger yang kononnya pembela bangsa nie kebanyakkannya orang UMNO...dan hampir semua blog yg ade logo tue hentam PAS...rasenye bek tukar ke blogger pembela UMNO....

    ReplyDelete