- Wong Pencen said...
PaKMie
Berpada-pada dalam mengemukakan hujah, jangan sampai mempermainkan perkara yang kita tidak tahu.Sekadar manakah ilmu PaKMie berhubung dengan sifat syaitan itu yang membolehkan PaKMie menyatakan syaitan semakin gemok.
Mengapa pula sehingga sanggup mengatakan bahawa Nik Aziz cuba menolak dan mempertikaikan keputusan yang sudah ALLAH SWT tetapkan? Bukankah segala yang berlaku, samaada kita tahu atau tidak, hanya berlaku dengan KEHENDAKNYA jua? Perbuatan Nik Aziz mempertikaikan keputusan mahkamah adalah dengan KEHENDAKNYA jua.
Terpaparnya apa yang ada dalam laman blog PaKMie juga hanya dengan IZINNYA jua. Sekadar menyatakan pandangan dan pendapat, cukup untuk dikira sebagai mempertikaikan KETETAPANNYA? Bukankah PaKMie sendiri juga sering mengemukakan hujah dan pandangan bagi menepis hujah dan pandangan orang lain?
- Pakmie cuba menjawabnya...( Sebab saudara menuju persoalan itu pada Pakmie)
- Terlebih dahulu Pakmie ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas respon dan pandangan dari saudara. Lebih-lebih lagi jika saudara mempunyai niat yang baik, kerana itulah Pakmie cuba menjawab serba sedikit respon dari saudara itu. Terlebih dahulu untuk pengetahuan saudara dan kawan-kawan semua yang mengikuti blog Pakmie, tujuan utama dan secara iklas Pakmie katakan disini terbitnya ini atas hasrat memberi pandangan dan mengulas isu-isu untuk tujuan kebaikan. Demi rasa sayang kepada negara lebih-lebih lagi kerana Agama Islam yang benar, bersih lagi suci semata-mata mahu mencari kebenaran dan penyatuan sesama manusia. Jika terlekat sedikit di fikiran dan menyimpang daripada tomohan saudara dan rakan-rakan sahabat kepada Pakmie yang kononnya mendapat imbuhan dan pendapatan dari hasil penulisan blog ini seharusnya diperbetulkan segera.
Kita masih lagi diberi fikiran yang waras, dan dapat membezakan yang mana buruk dan baiknya. Melalui ucapan dan kata-kata kita juga boleh melambangkan perangai dan isihati kita, saudara dan sahabat-sahabat semua sudah tentunya bersetuju dengan pandangan tersebut.
Jika kita setuju, ayuh silalah meneruskan pembacaan blog Pakmie jika tidak tak usahlah sahabat-sahabat membaca apa yang Pakmie paparkan diruangan ini. Sebab ia tidak memberi kesan yang baik kepada kita semua bahkan merugikan masa kita menatapi isi blog-blog yang tujuan membina dan baik tetapi kita juga tidak dapat menerimanya.Sedangkan kita masih tetap dengan cara kita keegoan kita dengan otak berkarat kita itu. Entry yang bertajuk "GENG NIK AZIZ MENJADI PENING DENGAN KEHENDAK DAN KEPUTUSAN YANG TELAH ALLAH SWT TETAPKAN- KATA-KATA NIK AZIZ MENYEBABKAN SYAITAN SEMAKIN GEMOK". Ini adalah tajuk mengulas atau mengupas isu yang Nik Aziz sudah perkatakan. Kenapa saudara menganggap Pakmie menulis sesuatu perkara yang Pakmie tidak tahu? dan tajuk inilah yang membuka selera saudara sendiri untuk membuat komen dan luahan pandangan saudara. Syabas sekali lagi Pakmie ucapkan dan Pakmie menyambut baik kehendak ilahi yang dibawah ketentuannya.
Siapakah Nik Aziz pada kita dan di sisi Allah SWT? Nik Aziz memegang tanggungjawab yang besar berpuloh-puloh ribu sebulan Nik Aziz mendapat upah dari hasil kerja mereka. Kalau dibandingkan sekadar Pakmie menegur ke arah kebaikan sebagai hamba rakyat marhean di negeri sendiri itu merupakan kesalahan melebihi kesalahan yang Nik Aziz perkatakan, Pakmie sedia menerima pembalasan Allah SWT diakhirat nanti.
Nik Aziz sebagai MB yang mengetuai Kerajaan Kelantan sejak lebih 20 tahun tidak pernah memperbetul dan mengakui kesilapan beliau yang lepas-lepas.Apakah Nik Aziz tahu dan sedar apa yang telah beliau perkatakan? apakah Nik Aziz tahu berapa ramai orang tersesat dengan fatwa-fatwa yang telah beliau keluarkan? keluarga Pakmie juga ada termasuk dalam golongan yang Pakmie maksudkan itu. Tidak kurang juga yang sudah meninggal alam ini menemui Allah SWT tanpa bertegur sapa dengan sanak saudara semata-mata menyokong Pas! perbetulkan kesilapan saudara, perkatakan sesuatu yang pahit demi kebenaran, jangan perkatakan sesuatu yang pahit demi menegakan kerakusan dan tamak pada kuasa dunia.
Cuba saudara Wong pencen semak balik setiap kata-kata Nik Aziz yang mengelirukan bermula dari saudara mengenali beliau dan sampailah ke hari ini. Untuk Pakmie paparkan semuanya disini rasanya tidak penting sebab Pakmie juga tidak suka mencari kesalahan orang lain.
Kenapa Nik Aziz masih tidak faham dengan perlatikan Ds Zamry MB Perak, kenapa Nik Aziz mengatakan kepada Ds Zamry MB mahkamah? apakah Ds Zamry yang beriya-iya mahu kepada jawatan MB dan adakah Ds Zamry yang mambawa kes tersebut ke mahkamah wajib juga Nik Aziz berfikir dahulu sebelum ingin mengata sesuatu kepada sesaorang. Nik Aziz juga berkata Umno tidak bertamadun, Umno zalim dan Umno wajib ditentang, bukan sekali dua kata-kata seperti ini kedengaran dari Nik Aziz. Berapa ramai penyokong Pas dari kenalan Pakmie yang tersesat sehingga sanggup meletak jawatan semata-mata tidak mahu berkerja dengan kerajaan UmnoBN. Tetapi kenapa Nik Aziz sampai sekarang masih lagi menerima hasil dari kerajaan pusat? disebabkan kemiskinan tanpa kerja yang tetap, keluarga jadi jatuh miskin dan bercerai berai meninggalkan anak isteri masing-masing ( Kebanyakannya di kalangan mereka itu sekarang sudah sedar dan memberi sokongan padu kepada Umno).
Pakmie tidak mahu bangsa, Agama dan negara ini dikuasai oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Jika dirasakan semua kita buat itu betul sebenarnya pemimpin seperti ini tidak layak diangkat menjadi pemimpin. Pemimpin mesti menerima kritikan, pemimpin mesti bertindak dengan bijak, pemimpin mesti lebih ilmu daripada pengikut, pemimpin mesti bercakap berlandaskan kebenaran, pemimpin juga jangan terlalu emosi dan celupar!
Pemimpin tidak sesekali boleh bercakap sesuka hati. Ramai lagi orang-orang yang lebih layak yang mempunyai sifat-sifat yang baik yang boleh mentadbir sesebuah kerajaan walaupun mereka-mereka itu tidak dari golongan kita. Terimalah takdir qoda dan qadar Allah SWT pastinya kita akan selamat dunia dan akhirat.
Ikhlas dari Pakmie...maaf jika tidak menepati kehendak saudara. Pakmie cuba menulis dengan baik tetapi diatas kesibukan masa setakat itu sahaja yang Pakmie mampu untok kali ini, kita jumpa lain masa. Setiap dari penulisan dalam blog ini Pakmie cuba melihat sesuatu itu dengan mata hati tidak melihat dan menilai sesuatu itu dengan cara fizikal semata-mata.Sebab bagi Pakmie dalam politik kita seharusnnya juga memahami perkara yang tersirat jangan pula kita hanya terus menerima sesuatu perkara yang tersurat semata-mata.Kita jangan terlalu ekstrim, kelak kita akan tertipu dan diri kita sendiri akan menyesal...

Cuba fahami betul-betul disebalik yang tersirat daripada penulisan Pakmie tersebut, dan cuba renung dengan fikiran yang tidak bercampur aduk.Sudah tentu saudara dapat membuat kesimpulan dan jawabannya ada pada saudara sendiri. Kalau sebelum Nik Abduh (Anak Nik Aziz) memceritakan kepada umun perkara sebenar yang telah berlaku kepada Nik Aziz, mungkin ramai antara kita masih lagi menganggap di sekelilingi Nik Aziz sendiri dibarisi oleh pemimpin -pemimpin Pas yang ikhlas dan betul. Tetapi daripada apa yang kita tahu anaknda Nik Aziz sendiri berkata sebaliknya.Berketerampilan ulama tetapi bertindak kearah sesat dan menyesatkan semata-mata untuk tujuan tertentu. Nik Abduh menggelar golongan ini dengan istilah "ulama mee celup". Apakah Nik Aziz itu sendiri maksum? dan kalau tidak, kenapa pula kita tidak boleh menegurnya?.
Siapakah Nik Aziz pada kita dan di sisi Allah SWT? Nik Aziz memegang tanggungjawab yang besar berpuloh-puloh ribu sebulan Nik Aziz mendapat upah dari hasil kerja mereka. Kalau dibandingkan sekadar Pakmie menegur ke arah kebaikan sebagai hamba rakyat marhean di negeri sendiri itu merupakan kesalahan melebihi kesalahan yang Nik Aziz perkatakan, Pakmie sedia menerima pembalasan Allah SWT diakhirat nanti.
Nik Aziz sebagai MB yang mengetuai Kerajaan Kelantan sejak lebih 20 tahun tidak pernah memperbetul dan mengakui kesilapan beliau yang lepas-lepas.Apakah Nik Aziz tahu dan sedar apa yang telah beliau perkatakan? apakah Nik Aziz tahu berapa ramai orang tersesat dengan fatwa-fatwa yang telah beliau keluarkan? keluarga Pakmie juga ada termasuk dalam golongan yang Pakmie maksudkan itu. Tidak kurang juga yang sudah meninggal alam ini menemui Allah SWT tanpa bertegur sapa dengan sanak saudara semata-mata menyokong Pas! perbetulkan kesilapan saudara, perkatakan sesuatu yang pahit demi kebenaran, jangan perkatakan sesuatu yang pahit demi menegakan kerakusan dan tamak pada kuasa dunia.
Cuba saudara Wong pencen semak balik setiap kata-kata Nik Aziz yang mengelirukan bermula dari saudara mengenali beliau dan sampailah ke hari ini. Untuk Pakmie paparkan semuanya disini rasanya tidak penting sebab Pakmie juga tidak suka mencari kesalahan orang lain.
Kenapa Nik Aziz masih tidak faham dengan perlatikan Ds Zamry MB Perak, kenapa Nik Aziz mengatakan kepada Ds Zamry MB mahkamah? apakah Ds Zamry yang beriya-iya mahu kepada jawatan MB dan adakah Ds Zamry yang mambawa kes tersebut ke mahkamah wajib juga Nik Aziz berfikir dahulu sebelum ingin mengata sesuatu kepada sesaorang. Nik Aziz juga berkata Umno tidak bertamadun, Umno zalim dan Umno wajib ditentang, bukan sekali dua kata-kata seperti ini kedengaran dari Nik Aziz. Berapa ramai penyokong Pas dari kenalan Pakmie yang tersesat sehingga sanggup meletak jawatan semata-mata tidak mahu berkerja dengan kerajaan UmnoBN. Tetapi kenapa Nik Aziz sampai sekarang masih lagi menerima hasil dari kerajaan pusat? disebabkan kemiskinan tanpa kerja yang tetap, keluarga jadi jatuh miskin dan bercerai berai meninggalkan anak isteri masing-masing ( Kebanyakannya di kalangan mereka itu sekarang sudah sedar dan memberi sokongan padu kepada Umno).
Pakmie tidak mahu bangsa, Agama dan negara ini dikuasai oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Jika dirasakan semua kita buat itu betul sebenarnya pemimpin seperti ini tidak layak diangkat menjadi pemimpin. Pemimpin mesti menerima kritikan, pemimpin mesti bertindak dengan bijak, pemimpin mesti lebih ilmu daripada pengikut, pemimpin mesti bercakap berlandaskan kebenaran, pemimpin juga jangan terlalu emosi dan celupar!
Pemimpin tidak sesekali boleh bercakap sesuka hati. Ramai lagi orang-orang yang lebih layak yang mempunyai sifat-sifat yang baik yang boleh mentadbir sesebuah kerajaan walaupun mereka-mereka itu tidak dari golongan kita. Terimalah takdir qoda dan qadar Allah SWT pastinya kita akan selamat dunia dan akhirat.
Ikhlas dari Pakmie...maaf jika tidak menepati kehendak saudara. Pakmie cuba menulis dengan baik tetapi diatas kesibukan masa setakat itu sahaja yang Pakmie mampu untok kali ini, kita jumpa lain masa. Setiap dari penulisan dalam blog ini Pakmie cuba melihat sesuatu itu dengan mata hati tidak melihat dan menilai sesuatu itu dengan cara fizikal semata-mata.Sebab bagi Pakmie dalam politik kita seharusnnya juga memahami perkara yang tersirat jangan pula kita hanya terus menerima sesuatu perkara yang tersurat semata-mata.Kita jangan terlalu ekstrim, kelak kita akan tertipu dan diri kita sendiri akan menyesal...
PaKMie menyatakan bahawa PaKMie menulis demi rasa sayang kepada Negara, kerana ISLAM yang BENAR, BERSIH lagi SUCI untuk mencari kebenaran dan penyatuan sesama manusia. Adakah tulisan PaKMie benar-benar menggambarkan apa yang PaKMie sebutkan.
ReplyDeleteSaya tidak pernah menuduh PaKMie menerima sebarang imbuhan dari penulisan PaKMie dan saya juga bersetuju bahawa hasil tulisan kita menggambarkan perangai dan isi hati kita. Maka dengan asas tersebutlah saya meneruskan ulasan saya.
Hanya kerana saya tidak menerima hujah PaKMie, tidak bermakna ianya kerana sikap ego saya atau tahap karat dalam otak saya.
Tiada salahnya PaKMie mengemukakan pandangan atau ulasan namun biarlah berpada-pada. Jangan melampau sehingga menulis apa yang PaKMie tidak benar-benar tahu samaada secara nyata atau tersirat. Ulasan yang melampau hanya akan mengundang salah faham dan tambah memecah belahkan masyarakat. Ulasan yang melampau tidak akan dapat menyatukan.
Saya katakan melampau kerana PaKMie menggunakan ungkapan berkaitan syaitan, walaupun secara tersirat. Sejauh mana ilmu PaKMie berhubung dengan sifat syaitan sehingga sanggup menulis bahawa ‘kata-kata Nik Aziz menyebabkan syaitan semakin gemok’.
Saya juga katakan melampau kerana PaKMie menggunakan ungkapan ‘menolak ketetapan ALLAH SWT’. Adakah dengan menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah boleh dikatakan menolak ketetapan ALLAH SWT, sedangkan setiap apa juga yang berlaku di dunia ini adalah merupakan KETETAPAN ALLAH SWT. Tidak ada apapun juga boleh berlaku melainkan dengan IZINNYA.
Memang dalam dunia hari ini sudah tidak ada lagi manusia MAKSUM. Semua orang, samaada marhaen atau pemimpin adalah manusia biasa diSISI ALLAH SWT. Sebagaimana Nik Aziz dan Nik Abduh boleh berbuat salah, saya dan PaKMie juga boleh berbuat salah. Malahan, bukan sahaja kita ‘mungkin’ berbuat salah, kita sebenarnya ‘memang’ tidak lepa dari berbuat salah. Dalam perkiraan saya, PaKMie tidak akan berani menyatakan ‘sedia menerima PEMBALASAN ALLAH SWT di AKHIRAT nanti’ sekiranya PaKMie benar-benar tahu tahap kePERITan seksaan ALLAH SWT terhadap hamba yang melakukan kesalahan dan dosa.
Sebesar mana pun kesalahan yang dilakukan oleh Nik Aziz berbanding kesalahan PaKMie sebenarnya tidak penting kerana setiap satu kesalahan tetap ianya salah. Balasan ALLAH SWT akan tetap sampai juga. Walaupun kesalahan yang PaKMie lakukan adalah dengan tujuan menegur ke arah kebaikan, kesalahan tersebut masih tetap satu kesalahan dan akan diBALAS setimpal.
Walaupun mungkin benar Nik Aziz tidak pernah memperbetulkan dan mengakui kesilapan beliau selama beliau memegang tampuk pemerintahan Negeri Kelantan, itu tidak memberikan hak kepada PaKMie untuk berbuat salah. Sekiranya PaKMie berbuat salah, maka kesalahan itu adalah perbuatan PaKMie sendiri. PaKMie seorang dewasa yang bertanggungjawab terhadap segala perbuatan PaKMie. Apa bezanya antara tuduhan sesat yang dilemparkan oleh Nik Azizi berbanding dengan tuduhan sesat yang PaKMie lemparkan terhadap kenalan PaKMie yang meletakkan jawatan kerana tidak sanggup bekerja dengan kerajaan UMNO dan BN.
Apabila mereka yang PaKMie tuduh sesat ini kembali menyokong UMNO, PaKMie katakan mereka sudah sedar. Adakah dengan memberikan sokongan PADU kepada UMNO maka mereka berada pihak yang betul sepanjang masa. Bukankah UMNO juga diterajui oleh manusia juga. Bukankah pemimpin UMNO juga boleh melakukan kesilapan dan kesalahan. Di mana betulnya seseorang yang memberikan sokongan PADU ini.
Maka kerana itulah saya menegaskan sekali lagi. Berpada-pada. Jangan sekali-kali keterlaluan. Tidak ada sesiapapun dalam dunia hari ini yang sentiasa betul dan kebanyakan orang tidak akan melakukan salah sepanjang masa dan setiap masa. Nilailah sesuatu menggunakan sempadan betul dan salah. Jangan hanya dari sudut fahaman politik.